10 peratus pekerja pengurusan dan penyeliaan akan dibenarkan bekerja di pejabat

Kerajaan menjelaskan lagi pengecualian dari arahan bekerja dari rumah yang diberikan kepada pekerja sektor awam dan swasta bagi kakitangan yang terlibat dalam peranan pengurusan serta penyeliaan

Arahan kerja dari rumah berkuat kuasa untuk kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) iaitu Sabah, Labuan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata bahawa maksimum 10 peratus pekerja pengurusan dan penyeliaan akan dibenarkan bekerja di pejabat.

Ini adalah untuk mereka yang tugasnya meliputi perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT.

Mereka bagaimanapun hanya dibenarkan berada di pejabat selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu.

Azmin berkata syarikat tidak perlu memohon pengecualian, sebaliknya majikan hanya perlu mengeluarkan surat untuk mereka yang dibenarkan bekerja di pejabat selama tempoh PKPB.

“Majikan perlu menetapkan garis panduan BDR (bekerja dari rumah) yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing,” tambahnya.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/547441