11 bulan bercinta di PUBG, Wanita tak sangka teman lelaki bukan calang-calang orang

11 bulan bercinta di PUBG, Wanita tak sangka teman lelaki bukan calang-calang orang. Hanya bercinta di PUBG selama 11 bulan, sekali jumpa tak sangka teman lelaki bukan orang biasa.Selain media sosial, platform permainan video dalam talian turut menjadi tempat berkenalan sekali gus bertemu jodoh terutama dalam kalangan anak muda buat masa ini.

Begitu momen ‘sweet’ bagi seorang gadis yang dikenali sebagai Girin ini apabila teruja kerana kali pertama bertemu teman lelakinya.

Ia selepas hampir setahun berkenalan menerusi Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG).

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, dia memuat naik video ketika bertentangan mata dengan lelaki yang dikenali sebagai @rhmn1997 itu dipercayai di sebuah terminal bas di Muar, Johor.

“Bercinta di PUBG selama 11 bulan, tapi hari ini baru pertama kali jumpa,” tulis Girin.

Rakaman video berdurasi 17 saat itu memaparkan lelaki tersebut sedang menunggu dengan penuh gementar sebelum menoleh setelah ditegur oleh gadis berkenaan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

11 Bulan Brcinta di PUBG, Gadis Terkejut Jumpa Teman Lelaki Rupanya Bukan Calang²

Video terbabit mendapat tiga juta tontonan selain lebih 5,500 komen dalam kalangan netizen namun rata-rata memberikan pelbagai reaksi negatif pula.

Segelintir memberi pendapat bahawa platform permainan video seperti itu menjadi antara punca perhubungan retak.

Bukan sahaja bagi pasangan bercinta malah termasuk mereka yang telah mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, ada juga individu yang meluahkan perasaan sed1h selain berseloroh kerana belum menemui jodoh walaupun sudah bertahun-tahun bermain permainan video secara ‘online’.

BACA:

Ingatkan kaki sembang di TikTok, sekali cicit P.Ramlee tunjuk bukti

Petua jimat gas waktu rebus nasi impit

Bosan kucing berak merata, ini 2 bahan yang perlu anda guna