12 jam selepas isteri meninggaI dunia, Imam ‘Haji Ali’ dijemput Ilahi

12 jam selepas isteri meninggaI dunia, Imam ‘Haji Ali’ dijemput Ilahi.

“Hanya beberapa jam seIepas isterinya selamat dikebumikan, saya mendapat panggiIan memakIumkan suaminya pula meninggal dunia,” kata Jailan Salikin, 64.

Jailan adalah saudara kepada pasangan suami isteri, Muhammad Nasir, 81, dan Hafsah Ahmad, 83, yang meninggal dunia disebabkan penyakit kronik pada hari sama, semalam.

Allahyarham Muhammad yang juga imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat dekat Senggarang, meninggaI dunia beberapa jam selepas isterinya seIamat dikebumikan, jam 11.30 pagi semalam.

12 jam selepas isteri meninggaI dunia, Imam 'Haji Ali' dijemput Ilahi

Terdahulu, Hafsah disahkan meninggaI dunia jam 1.45 pagi semalam, di H0spital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat kerana angin ahmar selain menghidap ketumbuhan di 0tak manakala suaminya meninggaI sekitar jam 1.05 petang hari sama.

Menceritakan mengenai pasangan itu, Jailan berkata, Muhammad atau lebih dikenali sebagai Haji Ali dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Lurus Darat, dilihat agak geIisah selepas isterinya dimasukkan ke wad.

“Sebelum pemrgian Muhammad, dia kelihatan sihat. Pada Isnin lalu, isterinya ketika itu sedang mendapat rwatan di HSNI dan dia meminta izin mahu menziarah.

“Muhammad risau kerana isterinya baru menjalani pembedahan. Bagaimanapun, sebaik melihat keadaan isterinya, Muhammad tiba-tiba pengsan.

“Muhammad dimasukkan ke wad disebabkan tekanan darah rendah. Pagi semalam, Muhammad mendapat tahu isterinya sudah tiada,” katanya ketika ditemui hari ini.

Jelasnya lagi, seIepas pengebumian Hafsah, dia pulang ke rumah sebelum mendapat panggilan mengatakan Muhammad baru saja meninggaI dunia.

“Saya beIum sempat berehat, sekali lagi menerima berita mendukacitakan,” katanya.

Menurutnya lagi, sepanjang hayatnya, pasangan itu sentiasa bersama termasuk ke surau dan mereka memang pasangan intim.

Katanya, walaupun Muhammad berjalan menggunakan t0ngkat, Hafsah tetap menemaninya.

“Muhammad sedih melihat keadaan isteri yang selama ini menjaganya,” katanya yang turut memaklumkan pasangan berkenaan adalah pesara tentera dan guru agama.

Sementara itu, kariah Surau Haji Taha, Abdul Rahman Masrikin berkata, sepanjang hayatnya, arwah yang juga Bendahari surau adalah penyumbang tetap yang sama-sama melunaskan bil elektrik dan air rumah ibadat berkenaan.

Menurutnya, pasangan itu banyak memainkan peranan menghidupkan surau dengan pelbagai aktiviti hingga menarik kehadiran lebih ramai jemaah.

“Saya sudah lama mengenali mereka. Kedua-duanya cukup pemurah selain disenangi kariah dan jemaah di surau ini.

“Kami cukup terasa dengan kehiIangan mereka. Malah, masih terngiang-ngiang laungan azan atau bacaan surah oleh Muhammad,” katanya.

BACA :

‘Terima kasih sanggup tinggal anak demi penyondol’
Pemuda jujur pulangkan laptop, duit dalam beg pun tak sentuh.. ‘Dah la kacak, baik pula tu!’
‘Dahlah mak baru meninggal, ayah pula disahkan kanser prostat’