188 kawasan di Selangor alami gangguan air 51 jam pada 9 Ogos, ini lokasinya

188 kawasan di Selangor alami gangguan air 51 jam pada 9 Ogos, ini lokasinya. Itu berikutan pengumuman Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan menyatakan gangguan bekalan air berjadual itu bakal berlaku kerana pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan kerja-kerja tersebut bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor.

Katanya, kerja-kerja pembaikan akan bermula pada pukul 10 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 1 pagi, 11 Ogos 2022.

Justeru, pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekas simpanan air ditutup.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut;

Justeru semoga pengguna bertabah, apa jua puncanya kita kena harungi juga fasa kemungkinan ketiadaan air ini.

Daripada pengalaman lalu, pelbagai cara menyimpan air untuk kegunaan dan kaedah penjimatan dikongsi orang ramai, antaranya;

1. Sediakan tong besar

Perlu sediakan tong besar ini yang sangat berguna di waktu tiada air.

2. Periuk pun boleh

Kalau tak ada tong besar, guna periuk atau apa sahaja barangan dapur yang boleh tampung air.

3. Plastik besar

Guna plastik yang besar. Plastik sampah pun boleh, isi air dan ikat. Simpan banyak mana ikut suka ya. Ada juga yang letak plastik besar dalam bakul.

 

4. Water dispenser untuk singki

Senang untuk membasuh apa-apa seperti paip air.

5. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang

Tak perlu membazir bekalan air untuk cuci, beli stok untuk 51 jam tiada air.

Boleh juga gunakan plastik sebagai alas pinggan tersebut.

6. Air mineral untuk minum

Beli air mineral untuk minum. Air simpan digunakan untuk keperluan lebih penting sahaja.

7. Botol spray untuk wuduk

Boleh gunakan botol spray untuk wuduk. Tak guna banyak air dan boleh bawa ke mana-mana.

Baca juga Ibu, jangan beri anak makan mi segera, doktor dedah 10 fakta mudah faham mengenainya

8. Masak stok makanan

Memasak biasanya pakai banyak air. Buat lauk stok dan simpan dalam freezer selama tempoh tiada air. Bila nak makan, panaskan sahaja.

9. Tisu basah

Untuk kegunaan yang kurang kotor boleh guna tisu basah ini.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA:

Jawatan kosong KKM September 2022, gaji sehingga RM5,672

Parlimen Malaysia : Jawatan kosong terkini untuk diisi

Lelaki ini dedah kenapa beliau ambil keputusan tinggalkan Kelantan