2 tahun tak datang bulan, wanita terkejut ada rasa pergerakan dalam perut

2 tahun tak datang bulan, wanita terkejut ada rasa pergerakan dalam perut. Seorang wanita menceritakan mengenai kisah rakannya di mana dia selamat melahirkan anak tanpa mengetahui dirinya hamil. Lebih mengejutkan, wanita itu sudah lebih dua tahun tidak datang bulan.

Tahu-tahu dah hamil 8 bulan

Menerusi video yang dimuat oleh seorang pengguna dikenali sebagai Shamimi Shamsudin di TikTok, kelihatan wanita itu sedang melawat rakannya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata di sebuah hospital.

Alhamdulillah selamat melahirkan baby ajaib. Comel sangat.

Ujarnya lagi, rakannya yang dikenali sebagai Hidayatul telah bersalin tanpa mengetahui bahawa dirinya sedang hamil. Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana dikurniakan rezeki cahaya mata.

2 tahun tak datang bulan, wanita terkejut ada rasa pergerakan dalam perut

Difahamkan, Hidayatul sudah lebih dua tahun tidak datang bulan. Malah, dia tidak pernah terfikir hamil sehinggalah secara tiba-tiba wanita itu merasai terdapat pergerakan dalam perutnya.

Tanpa membuang masa, dia membuat ujian kehamilan dan ternyata keputusannya adalah dua jalur iaitu positif hamil. Si ibu kemudiannya pergi ke klinik dan doktor mengesahkan bahawa dia telah hamil lapan bulan.

Mama dia tak datang bulan 2 tahun lebih dah tiba-tiba rasa bergerak dalam perut. Sekali check dah 8 bulan. SubhanaAllah rezeki Allah pasti datang lambat atau cepat.

Scan kat klinik dah 32 minggu. Ya Allah menangis kami semua rezeki besar ni.

Buat anda yang sedang menunggu zvriat, semoga Allah segera hadir rezeki buat kalian. InsyaAllah jangan putus asa.

Video:

@shamimishamsudin Alhamdulillah..sahabat baik sy selamat melahirkan baby girl yg comel sihat ajaib ..😍 @hidayatul_ilham ♬ suara asli – Els Warouw🎶

BACA:

Kerajaan Sabah akan bertukar, ini penjelasan Bung

Sah Johari Abdul dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat

Ramai mahu Tuan Ibrahim jadi Ketua Pembangkang berbanding Hadi