27 tahun berkhidmat, staf bersyukur majikan Petronas Pendang taja tunai umrah

27 tahun berkhidmat, staf bersyukur majikan Petronas Pendang taja tunai umrah. Tidak dapat dinafikan, pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan oleh majikan bagi menghargai jasa serta pengorbanan yang ditunjukkan oleh pekerjanya sepanjang menabur bakti kepada syarikat.

Tidak terkecuali, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @sitinur di laman TikToknya, dia berkongsi khabar gembira itu dimana seorang pekerja yang dikenali sebagai Yusuf menerima tajaan pakej umrah sebagai tanda penghargaan telah bekerja selama 27 tahun.

“Pakej umrah untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Dalam video itu juga, selain Yusuf, terdapat beberapa orang pekerja yang turut menerima sumbangan daripada majikan mereka atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan selama ini.

27 tahun berkhidmat, staf bersyukur majikan Petronas Pendang taja tunai umrah

Bertuahnya dapat majikan yang bagus!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap majikan itu yang menghargai jasa pekerjanya itu selepas 27 tahun berkhidmat untuk dirinya.

Semoga rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu!

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu dan mengakui tidak mudah untuk menemui majikan yang begitu pemurah hati pada ketika ini.

@siti5874 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo #fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ tak akan pernah jauh – bigboss

BACA:

Netizen dedah ‘Moslem Priest’ adalah anak Muhyiddin?

Kanak-kanak 4 tahun maut didera lima rakan kakak sendiri

Longgokan Al Quran di tepi jalan cetus tanda tanya