28 tahun terpisah dengan ibu kandung, ‘Terlalu rindu nak peluk anak sampai tak sempat keluar anak itu nak dipeluk cium’

28 tahun terpisah dengan ibu kandung, ‘Terlalu rindu nak peluk anak sampai tak sempat keluar anak itu nak dipeluk cium’.

Kehilangan seorang ibu sudah tentu akan membuatkan anak-anak terkesan.

Iyalah, ibu merupakan orang yang paling dekat dengan kita sebelum kita dilahirkan lagi. Oleh sebab itu, kehiIangan seorang ibu akan terasa.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki berjumpa dengan ibu kandungnya semula setelah 28 tahun telah mencuri tumpuan.

28 tahun terpisah dengan ibu kandung, 'Terlalu rindu nak peluk anak sampai tak sempat keluar anak itu nak dipeluk cium'

Cari balik ibu kandung di Thailand selepas 28 tahun

Menerusi video berkenaan, kelihatan se0rang lelaki memandu ke sebuah lokasi untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia bertekad untuk berjumpa dengan ibu kandung di Thailand setelah 28 tahun.

Alasan lelaki itu menunggu selama 28 tahun adalah disebabkan ego, dia pernah mendengar cerita buruk berkenaan ibunya daripada keluarga belah ayahnya.

Menerusi temu bual di rancangan Wanita Hari Ini, punca mencari ibunya semula apabila isterinya bertanya. Isterinya itu juga memujuk suami untuk mencari ibu setelah berkali-kali suaminya meluahkan rindu pada ibu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Cikgu Saufi memutuskan untuk post di Facebook untuk mencari ibunya. Setelah tiga hari, ada yang mengenali ibunya dan membantu misi pencarian ibu kandungnya.

@marwanhariri13 Part 1 video ni kena block, ni saya up balik supaya cerita xtergantung🥹 #sekadarberkongsicerita #semuamilikAllah❤️ #28tahunxjumpa #emaksyurgaku #fypシ #iniceritakami #🇲🇾🇹🇭 ♬ original sound – Marwan Hariri – Marwan Hariri🇲🇾🇹🇭

“Terlalu rindu nak peluk anak sampai tak sempat keluar anak itu nak dipeluk cium. Allahu Akhbar, mata aku masuk habuk wei” – Netizen

Susulan tularnya vide0 itu yang kini meraih sehingga 920K tontonan, 5K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Lagi sebak bila lelaki itu menyesal dan tahu cerita benar daripada ibunya.

BACA :

Bapa bangga rakam persembahan walaupun hanya guna telefon bimbit lama
Rahsia ilmu P. Ramlee
Sempat hidang lauk sebelum meninggal dunia, anak-anak menangis makan masakan terakhir mak