3 pusat pemindahan banjir di Sarawak dibuka

3 pusat pemindahan banjir di Sarawak dibuka. Seramai 38 mangsa banjir daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kapit dan Miri, hari ini.

Daripada jumlah itu, 16 penduduk daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Asrama KPSU, Kapit dan empat mangsa daripada dua keluarga di PPS Dewan Masyarakat Sepupok, Niah di Miri.

Selain itu, 18 lagi mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan PPS Dewan Masyarakat Bekenu juga di Miri.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, PPS Asrama KPSU dibuka sejak 6.45 petang Ahad lalu.

PPS Dewan Masyarakat Sepupok pula dibuka sejak 11.30 pagi semalam manakala PPS Dewan Masyarakat Bekenu pula dibuka pada 7 petang semalam.

3 pusat pemindahan banjir di Sarawak dibuka

Menurutnya lagi, 36 kampung dan rumah panjang terjejas banjir di empat bahagian Sarawak.

Daripada jumlah itu, Bahagian Sibu mencatat jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 12 kampung; Bahagian Kapit pula 11 kampung dan rumah panjang; Bahagian Miri sebanyak tujuh kampung manakala Bahagian Bintulu pula enam kampung dan rumah panjang.

Difahamkan hujan masih berlaku pagi ini terutamanya di kawasan utara dan tengah Sarawak.

BACA:

Viral video berbaur lucah Miss Universe Malaysia 2022

’Zahid Hamidi jangan campur urusan Bersatu’ – Pimpinan Bersatu

Ketua Bahagian Bersatu nak telanjang bogel jika parlimen bubar tahun ini