4 remaja dari Malaysia diterima masuk ke Akademi Tentera Amerika yang berprestij

4 remaja dari Malaysia diterima masuk ke Akademi Tentera Amerika yang berprestij. Tahun ini, empat kadet tentera Malaysia telah berjaya diterima masuk ke tiga akademi tentera berprestij di Amerika Syarikat dan bakal menjadi graduan kelas 2026.

Pemilihan keempat-empat mereka kali ini menjadikan kemasukan terbanyak kadet dari Malaysia sejak tahun 2017.

Untuk rekod Sejak tahun 1971, 36 orang rakyat Malaysia telah menjadi graduan akademi ketenteraan Amerika Syarikat.

Kemasukan tersebut menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mendapat tempat paling banyak untuk mengikuti pengajian di sana.

Edlan Mikyad Ahmad Syamly akan ke Akademi Tentera Amerika Syarikat yang terletak di West Point New York manakala Zarif Mohd Zamrin akan menghadiri Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat yang terkenal di Colorado.

4 remaja dari Malaysia diterima masuk ke Akademi Tentera Amerika yang berprestij

Kedua-dua kadet berusia 20 tahun ini merupakan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Manakala dua lagi pelajar dari lepasan Maktab Tentera Diraja Malaysia yang masing-masing berusia 18 tahun, Muhamad Danish Imran Zainuddin dan Qarin Lokman Safriza akan meneruskan pengajian dan latihan mereka di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland.

BACA:

Pakar cadang naikkan had umur lesen motosikal kepada 21 tahun

Yusuf Haslam beri nasihat kepada Puteri Sarah supaya lakukan perkara ini

Sherry Al-Hadad terlalu over, kata netizen