5 orang terperangkap akibat jambatan runtuh!

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.58 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, makluman awal yang diterima bomba, terdapat lima orang mangsa terperangkap di dalam van kilang tersebut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/126705/BERITA/Semasa/Jambatan-runtuh-Lima-orang-terperangkap