5 tahun pemergian Allahyarham Zainuddin Bin Saleh, pencipta watak ‘Mat Despatch Dua Ringgit’

5 tahun pemergian Allahyarham Zainuddin Bin Saleh, pencipta watak ‘Mat Despatch Dua Ringgit’.

Semalam 11 Ogos 2022, genap 5 tahun pemergian Allahyarham Zainuddin Bin Saleh, Allahyarham adalah seorang kartunis yang amat terkenal dan popular dengan karya Mat Despatch serta Yob Peon.

Ramai diantara kita pada hari ini membesar dengan majalah Ujang yang popular disekitar tahun 90 an.

Pada waktu itu, majalah Ujang adalah antara hiburan yang ada untuk bergelak ketawa dengan membawa komik-komik lukisan daripada kartunis tanah air yang hebat-hebat belaka.

5 tahun pemergian Allahyarham Zainuddin Bin Saleh, pencipta watak 'Mat Despatch Dua Ringgit'

Kartunis kepada karya Mat Despatch dan Yob Peon yang amat popular dalam majalah Ujang pada satu ketika dahulu ini dilahirkan pada 26 September 1964 dan dikatakan berasal dari Kampung Aji yang terletak di Bota Kiri.

Zainuddin Bin Saleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakop (SMKDARY) yang ada di pekan Bota Kanan.

Permulaan karier Zainuddin Bin Saleh menjadi seorang kartunis bermula apabila Zainuddin Bin Saleh sendiri yang menyahut cabaran dan syarat daripada Ibrahim Ujang Anon dalam temuduga dan penceritaan ini ada dimuat naik ke dalam status facebook Ibrahim Ujang Anon sendiri.

“Kalau nak lukis kartun kena berenti kerja, lukis kartun betul-betul.”

Syarat yang ditetapkan oleh Ibrahim Ujang Anon terhadap Zainuddin Bin Saleh dibuat apabila Zainuddin Bin Saleh sendiri yang datang bertemu dengan Ibrahim Ujang Anon di pejabat Plaza Pengkalan Jalan Ipoh.

Menurut Ibrahim Ujang Anon lagi, selang beberapa hari Zainuddin Bin Saleh datang lagi dan berjumpa dengan dirinya sambil tersenyum dan menyatakan bahawa sudah berhenti kerja. “Saya dah berenti kerja boss..”, Zainuddin Bin Saleh.

Zainuddin kemudian ditugaskan untuk melukis satu topik yang hampir sama dengan dirinya sendiri iaitu sebagai Mat Despatch. Ibrahim Ujang Anon juga memberi nama Lengkuas kepada Zainuddin Bin Saleh sebagai nama pena dan nama panggilan sebagai seorang kartunis.

Lama-kelamaan, Lengkuas telah menjadi antara kartunis utama buat majalah Ujang yang sangat popular pada sekitar tahun 90 an.

Setelah lebih 30 tahun berkarya, Lengkuas telah meninggal dunia pada hari Jumaat bertarikh 11 Ogos 2017.

Allahyarham Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama Lengkuas dipercayai meninggal dunia akibat daripada komplikasi buah pinggang dan darah tinggi.

Arwah meninggal dunia tepat jam 10.30 pagi selepas dua hari dimasukkan ke dalam wad pesakit di Hospital Selayang.

Lengkuas telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah, Batu Muda Kuala Lumpur selepas Asar.

Allahyarham Zainuddin meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak berusia 10 tahun dan sepasang kembar berusia 15 tahun.

Pemergian Lengkuas disifatkan sebagai satu kehilangan yang sangat besar dalam industri kartunis. Al-Fatihah untuk kartunis hebat dari Bota ini iaitu Zainuddin Bin Saleh atau Lengkuas.

BACA : 

Suami jatuh sakit, isteri buntu hilang punca pendapatan
Wanita ini kongsi tip elak sampah berbau & berair.. Guna bekas sarang telur sahaja!
Nak hapuskan perosak tanaman guna cara organik? Kena blender cili & bawang putih lalu sembur seminggu sekali sahaja