3) PPR Dimiliki
  • PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah..

7 Skim Perumahan Mampu Milik B40, ini cara memohon

4) PPR Disewa
  • Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.
5) PR1MA
  • PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000
6) Rumah Transit
  • Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudaan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 – 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Penyewa akan diberi notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
7) Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
  • Ini adalah inisiatif daripada kerajaan dalam menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dah kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.
Cara Membuat Permohonan
Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40 ini ;-
Layari laman web SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
DAFTAR AKAUN PEMOHON
Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat E-mel)
BUKA EMEL
Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
PILIH SKIM
Pilih skim perumhan yang diinginkan.
Berikut adalah skim perumahan yang masih tersedia:
  • Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
  • PPR Disewa
  • PPR Dimiliki
DOKUMEN SOKONGAN
  • Muatnaik semua dokumen yang diperlukan
  • Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.
PENGESAHAN
  • Setelah muatnaik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan
  • Selesai!
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi:

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

  • Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
  • Emel: [email protected]
  • MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
  • PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
  • Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

BACA LAGI:

Nampak seperti bunga orkid tapi sebenarnya serangga pemangsa
Air paip tiba-tiba jadi slow, ini puncanya dan cara baiki paling simple
Rujuk kembali dengan Ellie Suriaty? Ini respon Azri Iskandar