9 cara jadi orang kaya

9 CARA JADI ORANG KAYA RAYA

Hari ini Pakcik cuba seringkasnya berbagi khuatir akan ada yang minta lukis. Pakcik kesian tengok ramai BBNU tertonggeng-tonggeng untuk merasa kaya tapi akhirnya berjaya kelihatan kaya sahaja, bukan kaya raya. Berikut ialah cara-cara untuk jadi orang kaya raya.

9 cara jadi orang kaya

1. Kita kaya raya kerana kita gembira. Kalau kaya tanpa gembira, orang itu hanya orang kaya. Bukan kaya raya.

Mana ada orang raya yang tak gembira. Hari ini ramai yang korbankan kegembiraan dan kebahagiaan untuk mengejar kekayaan.

Apabila mereka kaya, mereka gunakan kekayaan itu untuk beli semula kebahagiaan yang mereka pajak sebelum tu. Tak ke bangku macam tu?

2. Gembira terhasil bila apa yang kita lakukan itu membahagiakan sekalipun hanya berniaga di tepi jalan.

Dia lebih kaya raya berbanding Tan Sri Mengah Holdings yang berkereta besar tetapi setiap hari makan hati dengan kerenah niaga dan hutang “berbeliyun-beliyun”.

3. Kalau berniaga, jangan harap satu hari nanti anda sudah kaya dan anda akan gembira. Jadikan perjalanan berniaga itu sahaja satu yang mengembirakan.

Rugi kalau kita mengharapkan kegembiraan datang semasa tiba di destinasi. Orang kaya begitu sangat rugi.

Jadilah macam Pakcik ni, destinasi jauh lagi tapi pengembaraan menuju destinasi itu sahaja indah dan membahagikan.

Jadi Pakcik jalan relaks-relaks sahaja sambil menikmati pemandangan kiri dan kanan. Tak lah nak rushing sangat. Yang jadi tak gembira tu ialah sebab rushing sangat lah tu.

4. Berkembang secara organik. Jangan percaya kuasa viral yang tiba-tiba anda meledak dikenali ramai, produk laku kerasa sampai tak sempat nak berikan yang terbaik.

Laju jadi panas, laju juga jadi sejuk. Baik kita grow secara organik, walaupun perlahan sedikit tetapi sustanable.

5. Pakcik anggap yang ini paling besar, hentikan membanding kita dengan orang lain. Kekayaan orang lain, kebahagian mereka.

Kekayaan kita, kebahagiaan kita. Maka, Pakcik arahkan semua berhenti menanda aras diri kita dengan orang lain.

Kalau orang lain pakai Bugati Veron, tak perlulah awak kalut nak beli juga. Hidup kita, fasa kita.

Yang penting, hari ini kita lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini, begitulah ualng-ulang sampai Abang Jamil mam….

6. Hentikan beli majalah Forbes yang membandingkan kekayaan orang lain dengan NETT WORTH mereka. Kaya kita tak boleh orang lain rangking kan.

Tak salah, tapi kau akan tertekan dalam perlumbaan siapa banyak duit. Jatuh ranking pun kau dah rasa nak bunuh diri.

Kalau kau tanya Pakcik, dalam hidup ni Pakcik dah jumpa ramai orang kampung yang bahagia duduk dalam dusun menghijau dengan sungai jernih tepi hutan dan setiap hari bermotorsikal ke sana ke mari.

Mereka tak ada supercar sekadar kereta “najis” dari pandangan pengguna supercar. Tetapi hidup mereka gembira tiada hutang dan lebih kaya berbanding BBNU yang baru mampu buat loan beli supercar, bayar 9 tahun dan zero downpayment.

Orang yang kaya-kaya pula bila dah kaya raya nak hidup macam orang kampung.

7. Keluar dari lampu sorot. Pakcik bukan tak pernah jadi BBNU. First time pakcik beli BMW jadi rekod negara jurugambar orang kahwin pakai BMW koyak plastik.

Sikit-sikit pakcik akan buat-buat ambil gambar nampak stering BMW dengan kapsyen “ni yang malas masuk KL, jemm gilaa” tapi belum peringkat pakcik makan nasi bungkus di side step kereta sambil bersila di atas tanah dengan gaya zuhud sedangkan negara kita penuh R&R yang boleh kita makan dengan selesa.

Lampu sorot ni ialah paling jahat, kita akan jadi orang yang takut dengan sosial status. Setelah Pakcik sedar diri sikit, pakcik keluar dari lampu sorot tu dan pakcik bebas berkapcai sana sini tanpa fikir orang nak cakap apa.

Kalau tidak, nak pergi ofis depan rumah pun nak kena naik Mercedes takut nanti orang nampak kita pakai kapcai, jatuh standard.

Kalau berniaga pun, kalau dah tak laku terus tanpa segan silu kita tutup sahaja dan move on buat business lain.

Tapi kalau kita hidup dengan status sosial tadi, malu besar lah kalau kena tutup kedai kan?

Akhirnya sendiri yang menanggung sengsara sebab nak puaskan hati orang lain. Tak ke bangku namanya tu?

8. Kaya raya tu bila kau ada kebebasan buat apa yang kau nak buat, yang kau gembira buat tanpa nak dapatkan social approval dari khalayak yang sentiasa memerhatikan kau.

9. Kita bahagia, kita yang rasa. Bukan kita nak kebahagian kita itu membuatkan orang terasa. Of course ada klaus mengatakan kita nak memberi inspirasi kepada orang lain.

Bagus juga. Cuma jangan sampai kita jadi palsu hanya untuk dipandang tinggi. Tahu ke banyak jenama-jenama Champs-Élysées tu bukan menyasarkan orang kaya raya tetapi orang yang mahu kelihatan kaya.

Yang ini, sendiri fikir ye. Sebab itu kalau tengok ramai billionaire tak mengepakkan mereka punya jenama handbag, pakaian dan lain-lain yang nampak.

Semoga tips-tips kekayaan ini mampu anda hadam. Minta maaf lah pakcik memang nak tulis pendek sahaja tapi bila dah menaip, gitulah jadinya. Susah nak berhenti.

Mesti ada yang minta lukis, maka Pakcik dah siapkan lukisan rajah keseluruhan dalam post ini yang sedang posing minum tehtarik di tepi Sungai Langat rasanya ni dan pakai kole Bangladesh buat gosok gigi.

BACA :

Bila dapat durian isi macam ni ramai pelanggan yang reject, kalah pada rupa menang pada nikmatnya
Anak saman ibu bapa sendiri kerana lahirkannya tanpa persetujuan
[VIDEO] Pagi urus jenazah ibu, tengahari terus akad nikah ! Isteri terharu suami kotakan janji di saat dirinya tak kuat