Nama ‘Noraini’ famous gara-gara abam lori ini. Tulisan kata-kata cinta di belakang sebuah lori membuatkan individu bernama Noraini satu Malaysia terhibur dan tersipu-sipu malu.
Pelbagai ungkapan menarik tertera di belakang lori itu antaranya, “berat muatanku lebih berat rindu padamu” dan “cintaku takkan lekang oleh waktu”.
Terpampang juga ungkapan, “putus cinta tak sakit. Yang sakit dah putus tapi masih cinta”, “setia ke hujung nyawa” dan “aku cinta pada Noraini”.
Sehubungan itu, beramai-ramailah insan bernama Noraini menghadirkan diri ke ruang komentar.
“Terasa diriku terlalu terlalu istimewa,” kata Noraini Pauzi manakala seorang lagi Noraini menulis, “Sorry abang lori, saya cinta abang funfair“.
Dalam masa sama, warganet yang bukan bernama Noraini turut meninggalkan komentar bernada seloroh.
“Sakit agaknya pemandu lori ni. Sakitnya hanya Noraini saja boleh ubatkan,” kata Fawziah Abd Aziz.
Sementara itu, Sakinah Saad pula menulis, “Cemburunya saya dengan Noraini, dicintai sebegitu sekali”.
BACA:
Tular gambar Nuha dan Naufal atas pelamin cetus persoalan
Bersusun kereta ‘jem’ kerana perbuatan pemandu ni, netizen pulak naik geram
Youtuber temui kereta mewah bernilai RM5.1 juta tersadai di bengkel terbengkalai