Pemandu myvi buat ‘content’ samseng jalanan dalam pemerhatian polis. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang membuka kertas siasatan berhubung isu dua video tular mengenai ‘pembuli jalanan’ yang berlaku di Jalan Putatan, di sini.
Dua video yang berdurasi 3 minit 35 saat dan 4 minit 3 saat itu dipercayai dimuat naik oleh pasangan Youtuber di sosial media pada 24 Oktober lalu.
Dalam rakaman kedua-dua video itu memaparkan perilaku pemandu kereta Perodua Myvi sedang membuli pemandu Proton Pesona dengan cara kekerasan.
Rakaman itu memaparkan pemandu Perodua Myvi menggunakan senjata dipercayai besi untuk memukul Proton Pesona hingga bahagian depan rosak.
Pemandu Proton Pesona yang juga seorang Youtuber cuba keluar dari kenderaan namun dihalang oleh isterinya.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang memanggil pemilik akaun media sosial terbabit ke balai polis untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Katanya, hasil siasatan Polis terhadap pemilik akaun media sosial itu, tujuan video itu dimuat naik adalah untuk ‘content’ di media sosial.
“Ia hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah ‘viewer’ yang tinggi.
“Satu kertas siasatan polis dibuka mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Haris mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dalam memuat naik kandungan dan berkongsi di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.
BACA:
Gadis Indonesia ini terkejut tengok kereta sedan di Malaysia sangat banyak
Wanita kantoi curang dengan suami masa jemput anak sekolah
Insuran tak cover, wanita ini nekad ‘cabut lari’ dari hospital