Pelakon, Datin Anne Ngasri yang sudah lama tidak muncul di kaca tv sejak melangsungkan perkahwinan beliau mula tular baru-baru kerana dilihat masih ‘maintain’ muda.
Menurut sumber, ketika ditanya tips awet muda dan masih sama seperti dulu beliau akui dia lebih cakna menjaga pengambilan makanan agar dapat mengelakkan masalah kesihatan.
Selain amalan banyak minum air kosong, Datin Anne Ngasri akui sudah 9 bulan tidak makan nasi. Hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11kg iaitu paras yang lebih ideal.
Netizen dilihat memberi pujian terhadap kecantikan beliau. Sudah berpuluh tahun berlalu, tetapi wajah pelakon wanita ini masih tidak dimamah usia.
BACA :