Wajah pemain bola sepak terkenal didakwa tak bayar hutang RM100,000 tular di TikTok.
Tular di media sosial sejak semalam apabila seorang wanita dilihat ‘menagih’ hutang daripada seorang pemain bola sepak tanah air di TikTok.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan memuat naik foto pemain bola sepak berkenaan berserta nama penuh dengan kapsyen ‘orang hutang’.
Meninjau ruangan komen, difahamkan lelaki berkenaan adalah pemain bola sepak negeri Pahang dan telah berhutang sebanyak RM100,000 dan baru sahaja melangsaikan tuntutan sebanyak RM11,000.
“Saja nak bagi dia lagi femess, korang kenal tak ni sapa? Diminta untuk bayar HUTANG dengan segera. Jangan pandai HUTANG tak pandai bayar…” – Pemiutang
Malah, wanita itu turut mengajukan soalan buat netizen sama ada mereka mengenali lelaki yang dimaksudkannya.
Berikutan itu, berbondong-bondong netizen tampil meninggalkan komen di mana ada yang tidak percaya individu berkenaan menanggung beban hutang yang banyak.
Namun ada juga yang menasihati wanita itu untuk memadam posting berkenaan kerana seperti telah membuka aib seseorang di media sosial.
Lihat klip video di bawah:
@maajunmantul Saja nk bg dia lg feemmessss…korang kenal tak ni sapa?kalau kenal sila commnt #98klagiwehhhh#fypmalaysia🇲🇾 #hutangharusdibayar ♬ original sound – Surimaajun
BACA :