Ustaz Ebit ni orang cina MUSLIM. Walaupun dia melawat saudara maranya yang bukan Muslim namun dia tak tanggal atau tukar KETAYAP PUTIHnya kepada merah.
Keluarganya pun saling TOLERANSI dan MEMAHAMI walaupun budaya mereka pantang warna putih di hari perayaan.
Namun atas dasar TOLERANSI yang sangat tinggi inilah menjadikan MALAYSIA HARMONI.
Orang cina tidak menuntut untuk budayanya jadi ikut-ikutan yang keterlaluan kerana mereka juga cukup memahami budaya dan pemahaman agama ISLAM.
Malaysia ni dah hampir 64 tahun MERDEKA kot.
Semoga negara kita terus dirahmati dan dilindungi Allah SWT.
Sumber: Facebook