[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Suho EXO dipuji kerana jarang guna cuti sakit sepanjang dalam tentera exo suho birthday [/bg_collapse]
Selepas dua tahun menabur bakti, akhirnya Suho dari EXO disahkan sudah pun tamat latihan ketenteraannya.
Sesudah berita itu dilaporkan, Dispatch telah menyampaikan mengenai kelakuan Suho semasa berkhidmat di Pejabat Seocho sebagai pekerja sosial.
Kongsi wakil pengurusan,
Suho berlainan daripada yang lain… dia bekerja dengan keras.
Idola itu juga bertugas di Pusat Kanak-Kanak di Gangnam di mana dia bertanggungjawab menguruskan penjagaan kanak-kanak, pengurusan kemudahan dan pembersihan.
Tambah wakil itu lagi,
Suho jarang menggunakan cuti sakit.
Kongsi wakil itu, Suho mengatakan bahawa dia berat untuk meninggalkan tempatnya semasa bertugas kerana kanak-kanak menyukainya.
Bahkan pada tahun lalu, Suho menerima penghargaan sebagai pekerja sosial contoh. Pemilihan itu dibuat berdasarkan kajian awam dan laporan yang diterima dipenuhi dengan pujian. Malah, ketua EXO itu juga menerima rekomendasi daripada tempat kerjanya.
Tambahan pula, pusat berkenaan semakin sibuk dek COVID-19. Dalam pada itu, Suho turut bertugas dengan tekun di Pusat Vaksin.
Baik kan Suho? Memang seorang ketua yang disayangi, betul tak EXO-L?
BACA JUGA : Shuib bakal lamar adik Heliza Helmi? Tuan badan akhirnya bersuara
Adik Heliza Helmi bakal dilamar Shuib?
Geram dengan jiran suka parking depan rumah, owner buat iklan jual kereta