[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Keranda tiba-tiba terbang, penduduk mula panik[/bg_collapse]
Penduduk gempar dengan kehadiran keranda terbang. Sebuah video tular dalam aplikasi TikTok baru-baru ini memaparkan kejadian paranormal keranda terbang atau lebih dikenali di Indonesia sebagai lampor, lapor laman Kumparan.com.
Pemilik akaun TikTok @bang_jo26 memuat naik video suasana sebuah desa di Malang yang menunjukkan kemunculan objek dipercayai keranda terbang.
Menurut mitos masyarakat Jawa, lampor adalah sejenis syaitan yang menggunakan keranda terbang dan muncul pada waktu malam.
“Jauhkan mara bahaya daripada lampor. Semenjak keranda terbang datang ke kampung-kampung, setiap hari sebelum Maghrib sudah dilihat depan rumah,” tulis kenyataan pada video tersebut.
Video tersebut sehingga kini mencatatkan lebih 23 juta tontonan dan puluhan ribu komen.
@bang_jo26 semenjak keranda terbang bikin resah tiap desa” yg ngalamin, semoga di tempat kalian gk seperti didesa km #bikinresahwarga #kerandamayat #fypls ♬ original sound – putriariani
Akaun tersebut juga turut memuat naik video situasi sebuah desa yang kelihatan sepi dan mengaitkan kedatangan lampor dengan wabak yang menyebabkan kematian.
“Semenjak kejadian lampor, kampung jadi sepi seperti tiada penghuni. Semoga tiada lagi kejadian seperti semalam, semoga wabak Covid-19 hilang buat selama-lamanya dari muka Bumi,” tulis akaun tersebut.
Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan komen dengan berkata, di kampungnya juga terdapat batu yang tiba-tiba jatuh ke tengah padang dan disusuli kabus dan hujan yang menyebabkan penduduk kampung jatuh sakit.
Menurut pelbagai sumber berbeza, orang yang keluar pada waktu malam boleh hilang diambil lampor dan jika mereka berjaya pulang semula, mereka akan pulang dalam keadaan gila.
Lampor dipercayai menjadi salah satu makhluk ghaib yang kononnya boleh mengambil nyawa manusia.
Kisah lampor juga pernah dijadikan filem berjudul Lampor : Keranda Terbang dan dikeluarkan pada 2019.
Berita lain:
[Video] Kawan bawa mayat kawan baik ronda-ronda buat kali terakhir
Doktor terkejut temui sesuatu yang ajaib di otak pelajar tahfiz semasa bedah mayat
Peniaga pelik tiada orang datang kedainya, rupanya ada tanah kubur “bangkai” orang tabur