BMW X5 potong ‘Q’ bikin ramai geram, sekali JPJ muncul semua bersorak. Kes potong ‘Q’ di lampu isyarat memang menyakitkan hati dan ‘kesakitan’ itu sedikit terbalas apabila seorang pemandu BMW X5 yang melakukan tindakan berkenaan ‘kantoi’ dan disaman Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di Pulau Pinang.
Video mengenai kejadian berkenaan tular di media sosial TikTok di akaun enforcementjpjpenang dengan rakaman itu diambil menerusi kamera yang diletakkan kepada anggota UPB JPJ yang menunggang Kawasaki Versys 650.
Dalam video berkenaan, dapat dilihat sebuah kereta BMW X5 berwarna putih dengan selamba memotong barisan di persimbangan lampu isyarat.
Dengan tenang, anggota UPB JPJ itu menghampiri dan menerangkan sesuatu sebelum meminta pemandu berkenaan mengalihkan kenderaan sedikit untuk tindakan selanjutnya.
Dan dapat dilihat anggota UPB JPJ itu mengeluarkan saman atas kesalahan yang dilakukan oleh pemandu BMW itu yang nampak cukup memberi kerjasama.
Turut tular di Facebook, rata-rata pengguna media sosial yang melihat video berkenaan memuji tindakan tegas anggota JPJ itu.
Malah, ramai yang menyuarakan rasa ‘puas’ dan berharap penguatkuasaan seperti itu berterusan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
BACA:
Op Gegar : Wanita dalam haid ditemui separuh bogel bersama pelanggan
Wajah baru X70 jadi bualan ramai
Gara-gara bayar dengan duit 5 sen, peniaga buang air kopi pelanggan dalam sinki