Cara pemakaian isteri Haqiem Rusli undang kritikan netizen. Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Wan Anis Sofea yang kini sedang berbulan madu di Turki mengundang perhatian netizen mengenai cara penampilannya.
Ini disebabkan gaya dan pakaian yang dikenakan Sofea dianggap kurang bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.
Netizen menyatakan Sofea tidak sepatutnya memakai pakaian yang ketat dan kelihatan seksi sehingga melekap pada badannya kerana ia nampak kurang manis untuk wanita berhijab.
Malah foto terbaru yang dimuat naik oleh Sofea mengenakan pakaian serba putih mengundang rasa kurang senang netizen.
Sofea kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen foto berkenaan.
Sebelum ini, Sofea juga pernah terima teguran daripada netizen supaya melabuhkan tudung sehingga menutupi bahagian dada.
View this post on Instagram
BACA:
Mahkamah putuskan sekolah vernakular sah ikut perlembagaan
Tabiat kumpul barang terpakai hingga penuhi rumah, jiran luah rasa terkejut