Pakar cadang naikkan had umur lesen motosikal kepada 21 tahun. Statistik menunjukkan purata 10 penunggang motosikal maut setiap hari dan empat daripada mereka berusia antara 16 dan 25 tahun.
Sudah tiba masanya untuk kembali kepada asas mengasingkan ruang jalan dan menjadikannya satu kesalahan bagi penunggang untuk menceroboh lorong utama.
Goh berkata, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah berulang, sambil menambah bahawa penggunaan teknologi moden adalah satu-satunya pendekatan yang berdaya maju untuk menangani masalah itu.
Rosli pula berkata, sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan dalam menyemai kesedaran keselamatan jalan raya.
“Kemalangan jalan raya boleh dielakkan sekiranya penunggang tidak melanggar peraturan, tidak memecut laju, tidak berlumba sesama sendiri dan tidak menunggang secara melulu,” katanya.
“Hari ini, ia tidak menjadi kesalahan bagi penunggang motosikal untuk menggunakan semua lorong di lebuhraya bandar dan luar bandar, tanpa mengira kelajuan kereta yang melaluinya,”
Rosli Azad Khan berkata umur 16 tahun adalah terlalu muda untuk menunggang motosikal dan menggesa “dasar regresif ini” dibatalkan segera.
Katanya, kerajaan sebaliknya patut menggalakkan peningkatan bilangan bas sekolah.
“Ini lebih selamat untuk pelajar sekolah,” katanya.
BACA:
Yusuf Haslam beri nasihat kepada Puteri Sarah supaya lakukan perkara ini