Abah dipenjara 702 tahun dan 234 sebatan

Abah dipenjara 702 tahun dan 234 sebatan.

Dipenjara selama 702 tahun dan akan menerima 234 kali sebatan, itulah hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen atas kesalahan seorang ‘Abah’ yang sanggup merogol dua orang anak kandungnya.

Perbuatan terkutuk pesalah itu didapati dilakukan berulang kali sejak tahun 2017 hingga menyebabkan salah seorang anaknya mengandung 5 minggu.

Abah dipenjara 702 tahun dan 234 sebatan

Apa yang menyedihkan, kedua-dua mangsa ketika itu baru sahaja berumur 12 dan 15 tahun sewaktu jadi mangsa nafsu syaitan bapa sendiri.

Pesalah yang berusia 53 tahun sebelum itu berhadapan dengan 30 pertuduhan di mana 19 membabitkan kejadian rogol dan 11 lagi kes cabul kehormatan.

Mangsa ketika itu adalah kanak-kanak dengan kesalahan dilakukan kamu sangat berat. Justeru, saya berharap dengan hukuman ini, kamu bertaubat dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan. – Kata Hakim, Abu Bakar Manat.

Pesalah yang tidak diwakil peguam kemudian mengaku bersalah dan menerima hukuman yang diberikan.

Mahkamah kemudian mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak dan sebatan pula dilakukan secara berasingan. Ini bermakna pesalah hanya perlu dipenjara selama 42 tahun dan hukuman sebatan kekal 234 kali.

Akan tetapi, melihat kepada Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah pula, ia hanya membenarkan hukuman sebatan maksimum 24 kali sahaja.

BACA :

Dua hari lepas panggil sorang runner yg kantoi claim rm15k, ‘Amboiii 8 bulan dah ko makan duit aku’
‘Aku ulang-alik kerja 100km selama 10 tahun, aku minta tukar. Dengar jawapan pegawai, aku terkelu’
Kisah Ulama besar Terengganu, miliki kemampuan yang tidak dimiliki manusia biasa antaranya mampu berjalan di atas air