Abby Abadi tergamam nama dipetik disebalik krisis rumahtangga Puteri Sarah

Abby Abadi tergamam nama dipetik disebalik krisis rumahtangga Puteri Sarah. Kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah menjadi perhatian orang ramai terutama sekali apabila Syamsul disahkan telah mengahwini ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka iaitu Ira Kazar.

Susulan itu, kisah rumah tangga Abby Abadi dengan bekas suami iaitu Norman Hakim telah dijadikan contoh segelintir netizen apabila munculnya isu rumah tangga dalam kalangan selebriti yang berkaitan dengan orang ketiga sehingga mendatangkan fitnah.

Oleh itu, Abby berasa kesal kerana sering menjadi mangsa apabila munculnya isu seperti ini dan dia tidak mahu berdiam diri serta menjawab tohmahan netizen di TikTok miliknya. Menurutnya, dia tidak pernah menyerang mana-mana pihak kerana pada ketika itu dia tidak tahu siapa yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

“Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari sahaja sebab dah lama tak jumpa dan mahukan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.

Abby Abadi tergamam nama dipetik disebalik krisis rumahtangga Puteri Sarah

“Dan bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis dah tu? Takkan saya nak seronok kalau ex tak balik-balik dan sampai nak bercerai bagai.” ujar Abby.
@abbyabadi112Oh Malaysiakuuuu.. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yg curang.. mesti terkaittt & dikaitkan juga dengan sy ye. Sy buat video seronok2 pun mcm2 org kata.. Sy ok je kalau cakap yg indah2 takpe.. Ini memandai2 kata itu ini, siap bg contoh kisah sy tu pastuuu sambung fitnah pada sy dulu, mcm sy pulak yg bersalah…. ewah ewahh.. Jadi sy nk jawab : yg sejujurnya dulu sy tak pernah serang siapa2. tak pernah ya sbb sy taktahu siapa org keriga, ke empat semua tuu.. sbb sy tak berjaya cek hp ex & tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sbb dia kata dia busy shooting ya… & ex tuuu mmg jenis lari2 dan tak balik2.. Jadinya, sy banyak taktahu sebelum…….jeng jeng jengggg 🫢 Yg kata sy serang ex dekat lokasi shooting, sy mencari je sbb lama tak jumpa & nk kan penjelasan. Takde bawa senjata apapun.. Dan bila jumpa org kata sy marah2, nangis2, dah tuuuu? takkan sy nk seronok2 kalau ex tak balik2 & sampai dah nk bercerai bagai? 👀👻 Aduhh laaa Akak2 bawanggg.. , Achik2 & Abang2 bawang.. tlglah jangan lebih tahu ya. Sy yg melaluinya. Jadi jawapan/ segalanya semua dengan sy. Apa yg sy buleh cakap sy tak bercerita banyak benda.. TERLALU BANYAK! simpan lama ni…Terlaluuu banyak yg hanya sy & ALLAH yg tahu. Family pun taktahu. Arwah Mak & Ayahpun taktahu ..Adik beradik pun taktahu, Anak2 pun taktahu. Jadi jangan buat palatao ok 👻 pe: video sekadar hiasan 🫢😝

♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – Ecko Show

Malah, Abby juga meminta netizen untuk berhenti membuat sebarang andaian mahupun spekulasi berhubung insiden tersebut yang kini sudah menjadi sejarah dalam hidupnya. Tambahnya, sehingga ke hari ini dia masih menyimpan banyak perkara seorang diri tanpa pengetahuan keluarga.

BACA: 

Scammer kena tangkap dalam 7 hari, sekali orang dalam sendiri

Netizen sebak tengok Yusof Haslam menangis, “First time tengok”