‘Ada sahabat ‘GILA’ saya ni tiba-tiba whatsapp, mungkin Allah buka hatinya ketika beliau sedang dengar khutbah jumaat’

‘Ada sahabat ‘GILA’ saya ni tiba-tiba whatsapp, mungkin Allah buka hatinya ketika beliau sedang dengar khutbah jumaat’.

Tajuk hari ini pun best ‘Bile Izrail Datang memanggil’. Dia ni sahabat baik saya dan beliau memang kuat infak pada banyak NGO. Asal dia nak infak pada TeamAA memang susah sebab kami tak ambil duit.

Kalau nak kasi barangan kami tadah tapak tangan. Baru baru ini dia belikan barangan jenazah kasi pada TeamAA Perak. Dia ni Penah sakit hingga penghujung nyawa malah bangkit dan bangun semakin sihat malah sentiasa mendahulukan Ummah Allah.

'Ada sahabat ‘GILA’ saya ni tiba-tiba whatsapp, mungkin Allah buka hatinya ketika beliau sedang dengar khutbah jumaat'

Hari ni di mereng sikit nak kasi hampir semua duit dia untuk infak ke jalan Allah. Dia tengok kita nak tambah asset MPV jenazah dia pun nak join. Tapi kita ni duk risau kerana apabila menyumbang, pastikan kalian cukup untuk sara diri.

Tapi dia ni sanggup bagi segalanya ke jalan Allah. Apa jawapan dia bile saya tanye kang duit tak cukup macam mane. Jawapan dia ’Allah kan ada’.

Teringat dalam Al quran ada sebut,

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.”

(Surah Ali-Imraan ayat 92)

Tahniah sahabat!! Insyallah nanti kita sama sama cari asset untuk jariah awak. Biar awak beli dan buat sendiri baru seronok dari bagi orang tak jalan 100% jariah awak. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian.

BACA :

Umur 18 tahun sanggup kerja kutip sampah demi sara keluarga, ‘Abang tak kisah busuk!’
‘Akibat kesilapan sekali.. Hati-hati memandu semua, jangan ingat takkan jadi pada kita’
Ramai syak kedai makan R&R jual makanan lama, ‘Geli tengok ulat gemuk-gemuk dalam burger daging!’