Ahli perniagaan “scam” orang dihukum penjara 1,155 tahun

Ahli perniagaan “scam” orang dihukum penjara 1,155 tahun.

Mahkamah Jenayah Thailand pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 1,155 tahun terhadap seorang bekas ahli perniagaan berusia 52 tahun atas pertuduhan penipuan pelaburan.

Memetik Bangkok Post, tertuduh juga diarah turut diarah untuk membayar pampasan sebanyak satu bilion baht (RM132 juta) kepada kesemua mangsanya.

Ahli perniagaan “scam” orang dihukum penjara 1,155 tahun.

Mahkamah mendapati tertuduh, seorang penduduk Krabi bersama dua defendan yang lain pada 2020 dan 2021 telah membuka ruang pelaburan dalam perniagaan.

Pelaburan itu termasuk pakej pelancongan, koperasi dan penyewaan barangan mewah. Tertuduh didakwa telah menjanjikan pulangan yang tinggi, di mana ia akhirnya tidak dibayar.

Mahkamah mendapati mereka bersalah atas penipuan awam dan jenayah komputer.

Hukuman selama 1,155 tahun itu terdiri daripada bacaan kes bagi 321 kesalahan. Walau bagaimanapun, undang-undang mengehadkan masa sebenar penahanan hanya selama 20 tahun.

Tertuduh dilaporkan menyerahkan dirinya pada 17 Mei 2021 dan telah ditahan di Penjara Pusat Bang Kwang di Nonthaburi. Suspek didakwa cuba melarikan diri dari Mahkamah Jenayah pada 22 Disember tahun lalu.

Terlibat Dalam 33 Kes Bunuh, Ahli Kumpulan Samseng Di El Salvador Dipenjara 1,310 Tahun

Terdahulu, seorang lelaki yang merupakan ahli kumpulan samseng dari El Salvador telah dijatuhkan hukuman penjara selama 1,310 tahun kerana terlibat dalam beberapa kes pembunuhan dan jenayah lain.

Memetik Metro UK, penjenayah itu disabitkan dengan 33 kes pembunuhan, sembilan komplot dalam melakukan pembunuhan dan beberapa aktiviti jenayah berbahaya yang lain.

Difahamkan bahawa dia juga adalah ahli sel Shulton dari geng Mara Salvatrucha, juga dikenali sebagai MS-13, kumpulan samseng yang terkenal dengan jenayah kejamnya di El Salvador.

Sementara itu, peguam negara Salvador, Rodolfo Delgado juga melaporkan bahawa rakan sel penjenayah itu turut dijatuhkan hukuman penjara selama 945 tahun.

Tertuduh disabitkan dengan 22 kes pembunuhan, empat perancangan untuk melakukan pembunuhan, cubaan membunuh dan peras ugut.

Peguam negara berkata: “Ahli kumpulan yang telah menyebabkan banyak penderitaan dan air mata untuk penduduk Salvador tidak akan bebas.

“Mereka akan kekal dipenjara sehingga mereka melunaskan setiap jenayah mereka,” katanya.

Kumpulan MS-13 sangat digeruni pada 2015 sehingga mereka dibiarkan menjalani hukuman penjara sendiri dengan pengawal hanya berkawal di luar.

BACA :

‘Aku haramkan seluruh keluarga aku beli coklat bola, duit syiling’
‘Dato buat rumah bandar macam rumah kampung ‘ – Netizen
Bekas pemain bola kebangsaan didakwa pukul kekasih