Ajak Melissa, pejuang muzik rock melayu tanah air yang tenggelam timbul

Ajak Melissa, pejuang muzik rock melayu tanah air yang tenggelam timbul.

Mohamed Nor Razak bin Yas lebih dikenali dengan nama “Ajak Melissa” adalah seorang pejuang muzik rock melayu tanah air yang tenggelam timbul.

Mula berjinak-jinak dalam dunia hiburan sebagai seorang pemain gitar bass dalam kumpulan MELISSA pada tahun 1990.

Ajak Melissa, pejuang muzik rock melayu tanah air yang tenggelam timbul

Setelah kumpulan MELISSA berpecah pada tahun 1995, Ajak meneruskan perjuangannya secara individu dengan menyertai kumpulan REAL X, Khalifah(ex Jinbara) dan penubuhan kumpulan Def Gab C serta menceburkan diri dalam dunia seni lakonan perfileman.

Pada 2018 Ajak cuba menjadi seorang Youtuber dengan niat membena sebuah channel dengan konten-konten mengisahkan kehidupan dan pengalaman silamnya dalam siri “Perjalanan Rockers”.

Bidang peryoutubeban itu telah menemukan dirinya dengan seorang vokalis yang baru meningkat naik bernama Wak Dan. Lantas mereka berdua pun berura-ura menubuhkan sebuah kumpulan rock apabila bertemu dengan Elly, Black, Mie.

Perkara ini telah menyebabkan dirinya telah terjerumus semula ke dunia hiburan sebagai seorang artis rock berkumpulan dibawah nama kumpulan MELISSA bersama Elly, Black, Mie & Naim selaku pengganti Wak Dan.

Namun Ajak tidak pernah menganggap dirinya sebagai ketua dalam kumpulan itu. Tapi oleh kerana dia anggota asal MELISSA dan anggota yang paling tua dalam kumpulan itu maka dia tetap dianggap sebagai ketua oleh anggota yang lain.

Untuk penubuhan MELISSA yang baru ini, pelbagai masalah perselisihan faham dengan anggota lama serta pertukaran keluar masuk anggota MELISSA yang baru ini telah menyebabkan Ajak menerima pelbagai persepsi negatif dan positif dari netizen terhadap dirinya.

Namun Ajak mengambil persepsi positif itu sebagai satu semangat untuk dirinya terus melangkah maju. Dan persepsi negatif itu juga adalah suatu perkara yang baik untuk memperbaiki dirinya dari masa ke semasa.

Apabila ada sesuatu persepsi yang negetif terhadap dirinya, Ajak bukanlah seorang yang mudah melatah dan menangkis untuk membela dirinya melalui tulisan atau lisan.

Dia lebih kepada menangani persepsi negatif itu melalui usaha-usaha yang telah dilakukan dan hasil-hasil yang telah dicapai.
Itulah dia Ajak Melissa yang anda kenali.

BACA :

Ramai tak tahu ini cara rebus kerang dengan betul, lagi sedap
Senarai 10 orang terkaya di Malaysia
[VIDEO] Nyanyian adik ini bikin netizen berdekah, perli ibu dalam lagu