Aksi mesra Shah Jaszle dengan Emma Maembong undang kritikan ramai

Aksi mesra Shah Jaszle dengan Emma Maembong undang kritikan ramai. Sejak kebelakangan ini banyak pula diperkatakan mengenai babak mesra dikalangan artis-artis. Meskipun ada yang dikecam, namun ia tidak memberi kesan buat pelakon lain.

Terbaru, nama aktres Emma Maembong dan Shah Jazle pula menjadi bualan hangat netizen apabila tular video mereka menari dengan berpakaian pengantin di aplikasi TikTok.

Menerusi satu video, aksi mereka berpelukan bagi menjayakan babak dalam drama Mati Pucuk mengundang kritikan netizen.

Aksi mesra Shah Jaszle dengan Emma Maembong undang kritikan ramai

Melihatkan aksi tersebut, ada yang menyifatkan babak mesra itu agak keterlaluan apatah lagi kedua-dua mereka sudah pun mendirikan rumah tangga.

Malah, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan seronok boleh peluk-peluk serta ada netizen mempersoalkan mengenai perasaan suami dan isteri kedua pelakon itu.

Tidak kurang juga, ada yang membandingkan dengan drama lain yang tiada babak bersentuhan namun jalan cerita sampai kepada penonton.

@shahzjaszle #weddingtiktok2022 ♬ original sound – Shahzjaszle

BACA:

Ryan Bakery dedah pengalaman ‘gila’ muncul dalan Sepahtu Reunion Live

Peminat luah hasrat mahu masuk meminang, ini respon padu Amelia Henderson

Majlis perkahwinan Nurul Izzah curi tumpuan netizen, simple gila.. Pakai tudung bawal je