Aku anti-A ?
1. Nak kena kupas skit. Aku sendiri SPM sedang2.. cukup2 utk masuk matrik. Ramai kawan2 gi obersi, apatah lagi yg di SBP, meleleh ayaq lioq tgk depa naik kapal terbang. BI SPM aku 7, just passed.. jadi masuk matrik UKM ambil Kimia.. satu pencapaian peribadi bagi aku. Dipendekkan citer, aku dpt juga terbang ke Adelaide, bukan sorang2 mcm kawan2 lepas SPM, tapi 4 orang dgn ank2 dan bawa balik gelaran ‘Dr’.
2. Anak aku byk jenis.. yg tua jenis late bloomer, SPM biasa2 jer, tak sapapun kisah kewujudanny di sekolah.. tapi masa konvo, dia jadi best student UIA, menitik air mata ayahanda kerana bondanya telah tiada utk menyaksikannya. Dlm dunia pekerjaan sbg PTD dia juga terus cemerlang.
3 Seorang kaki lukis, Arif dgn SPM paras hidung, sekolah tak perasanpun wujudnya budak spt ini. Seorang lagi ada ciri2 dyslexic, ambil sijil kamahiran, kini bekerja dan berdikari.
4. Yang 3 orang dibawah.. SPM abis semua As mereka ambil… tak ada B pun.. sampai ke IPT pun mereka As.Yg 2 lagi terakhir masih sekolah.. dgn Nine yang kecik sekali, baru T1. Biarlah mereka belajar tenang2.
5. Kelebihan dan kekurangan adalah ciri manusia. Hargai setiap anak dan sekolah perlu utk mencungkil potensi anak2 ini dan bersikap spt keluarga KEPADA SEMUA dan UNTUK SEMUA mereka.
6. Negara maju minda kelas pertama TIDAK AKAN TONJOLKAN pencapaian baik A, lulus atau gagal dlm examination apatah lagi ia menjadi satu INDEKS negara pulak kerana mana mungkin satu keluarga sanggup melakukannya utk. anak2 mereka dgn. alasan apa sekalipun. Pemimpin pendidikan tidak wajar hanya bangga dgn bilangan A, tapi tidak B, C apatah lagi yg gagal, kerana semua anak2 itu berada dlm sistem yg SAMA dibawah kepimpinan yg SAMA juga.
7. Malah yg byk deretan As pastinya adalah anak2 di SBP yg diasingkan dan dijaga dgn pelbagai cara dan strategi, dan anak2 disekolah biasa yg mpunyai pelbagai advantages sehingga ke 1 to 1 tuisyen. Keluarkan statistik mudah utk kita meneliti, sbg satu refleksi impak sebenar pendidikan arus perdana.
8. Aku bukan anti-A. Tetapi anti cara kita memulakan pendidikan dgn niat utk menonjolkan anak2 A sbg anak cemerlang. Mereka mungkin bakal jadi doktor tetapi hidup kita bukan hanya perlu ada doktor. Hargai setiap pekerjaan yg membina masyarakat dan pendidikan lah yg jadikan mereka insan berguna bukan hanya utk lahirkan profesional.
9. Pendidikan adalah proses menjadikn anak2 mbangunkan diri sendiri utk menyumbang bakti kpd diri, keluarga, masyarakat dan negara.. dlm pelbagai bentuk dan rencamnya.
10. Foto di bawah adalah Arif, anak yg mbesar sejak berusia 2 tahun tanpa kasih sayang ibu kandung yg meninggalkannya buat selama2nya ketika masih menyusu, memberikan impak besar sehingga dia tidak boleh fokus kpd persekolahannya. Allah kurniakan bakat yg tidak ada ruang utk dihargai disekolah. Mujur ketika temuduga UITM hargai bakatnya utk belajar di Faculty of Art n Design. Sekarang jadi computer designer yg iklan Lazada dan Shopee antaranya anda tatap hari2.. termasuk guru2 disekolah dia yg raikan murid2 A sahaja dulu. Syukur, Arif wpun masih bujang, dah berdikari dan memiliki kondo sendiri.
BACA :