‘Aku ni melawak dari kau kecik lagi Ajak. Satu haram anugerah pun aku tak pernah dapat Ajak’

‘Aku ni melawak dari kau kecik lagi Ajak. Satu haram anugerah pun aku tak pernah dapat Ajak’.

Semalam isteri pelik tengok saya, “Abang buat apa tu buka page ABPH?”

Isteri saya tahu saya bukanlah orang yang gemar nak ambil tahu pasal dunia artis ni. Mana yang lalu di timeline tu barulah saya baca.

Itu pun banyak tanya ke dia bila saya macam hilang info. “Saya nak undi Bell Ngasri ni”

'Aku ni melawak dari kau kecik lagi Ajak. Satu haram anugerah pun aku tak pernah dapat Ajak'

Isteri kepelikan, “Aik bang, tetiba je nak undi dia. Rajin pula awak ya”

“Entahlah. Bila haritu baca posting dia pasal dia tercalon top 5 ABPH ni, rasa tetiba je nak mengundi”

Begitulah yang saya rasa. Padahal sebelum ni memang tak pernah pun ambil port undian ni. Suka tengok result je. Tu pun sekali imbas kemudian habis begitu sahaja. At least kalau kawan-kawan berborak, adalah modal untuk diceritakan.

Sebenarnya lepas baca posting Bell haritu, fikiran saya macam terflashback semula ke pertandingan Maharaja Lawak Mega tahun 2021.

Pada minggu ke 8, bell bersama-sama dengan kumpulan Tobat dianggotai oleh Ajak dan juga Ropie (Pak Kodi)tengah buat satu sketsa di mana menggambarkan kumpulan Tobat menang maharajalawak mega.

Siap ada Press Conference semua. Sampailah tetiba Ajak sedar dan reveal nak keluar dari kumpulan Tobat, Pak Kodi dan Bell terkejut.

Dan waktu tu, Bell cakap, “Aku ni ajak, 8 kali masuk Maharaja Lawak, 7 kali tersingkir awal. Aku tak pernah rasa malu sikit pun Ajak.

Dan kalau kau nak tahu, minggu ke 8 ni, minggu suku akhir ni minggu yang paling jauh aku pernah pergi”

“Apalah salahnya Ajak, dengan tema macam ni, aku berangan nak jadi Juara Maharajalawak”

Dan kemudian Bell ada sambung lagi, “Aku ni melawak dari kau kecik lagi Ajak. Satu haram anugerah, satu haram piala pun aku tak pernah dapat Ajak”

Ye dialog tu mungkin sekadar dialog yang dilontarkan oleh Bell. Tapi waktu itu, tiba-tiba saya terfikir. Betul juga, Bell ni saya sejak kecik lagi dah tengok lakonan dia.

Tengok lawak-lawak dia. Sampailah la ni masih tak pernah nampak dia menang atau ambil anugerah apa-apa.

Bermula dari pelakon serius, bawalah ke pelawak, sampailah dia kekal relevan bawa ke hari ini. Bukan satu tugas yang mudah. Tapi masih tidak menang apa-apa.

Untuk kali ni, saya rasa mungkin sudah sampai masanya untuk beliau menang.

Oleh itu, atas kapasiti saya sekarang ini, saya nak ajak untuk semua sahabat, marilah kita undi/vote Bell Ngasri. Tak menang keseluruhan pun, dapat menang artis komedi popular pun saya rasa dah cukup happy dah.

Tarikh akhir mengundi adalah pada 15 Julai 2023. Kalian masuk dekat link ni https://www.abpbh.com.my/undian/main/artis-komedi-popular, register dan kemudian undilah seberapa banyak yang kalian mahu.

Mohlah kita support! Semoga ada rezeki untuk Bell Ngasri!

BACA :

[VIDEO] Wanita hilang selera makan, beli nasi lemak dapat sekali ‘sambal cicak’
Selepas 50 tahun, Fauziah Nawi diberi gelaran Datuk, ‘Syukur… penghargaan ini diberikan ketika masih hidup’
Pertama kali keluar dating tiba-tiba bakal BF lesap, beg tangan dalam kereta angkut sekali