‘Aku pergi check semula buku makan dia semalam, nampak yang terbaru dia makan RM2’

Aku pergi check semula buku makan dia semalam.

Nampak yang terbaru dia makan RM2. Nasi lemak dengan telur. Alhamdulillah, ada perubahan selepas ditegur.

Hari ni pun dia makan RM2 juga.

'Aku pergi check semula buku makan dia semalam, nampak yang terbaru dia makan RM2'

Tadi terserempak dengan dia. Aku tanya semula. Pura-pura seperti tak tahu.

“Awak makan apa masa rehat tadi? ”

“Nasi lemak dengan telur.”

OK bagus. Air tak ambil?.

“Tak sensei.”

“Bila nak habis duit makan tu kalau makan tak lengkap dengan air ni?”

Dia tak jawab. Macam biasa dia tunjuk gigi putih dia je. Macam model iklan colgate.

“Lepas ni ambil ayam pulak. Sensei nak awak makan. Guna je duit tu sampai habis. Duit makan ada lagi. Kawan-kawan sensei kirim untuk belanja awak makan.”

Dia pandang wajah aku dengan pandangan tak percaya.

“Makan je jangan risau. Ramai orang belanja awak. Betul sensei cakap ni.”

“Takpelah sensei. Saya nak berjimat.”

Dia jawab sama seperti sebelum ni. Aku tengok muka bersih dia kali ni. Memang baik sungguh anak seorang ni.

“Di rumah macam mana awak makan? Mak ajar macam mana?”

Soalan aku kali ni buat air muka dia berubah. Tapi aku tak kira. Aku nak tahu juga macam mana dia makan di rumah bila tengok peribadi dia bab makan ni. Sebab tu aku tanya.

“Kalau makan tu ambil seorang satu je. Makan sama-sama.”

Maksud dia begini, kalau ayam ada 5 ketul, makan seorang seketul. Jangan ambik lebih. Kena ingat orang lain juga.

Kelopak mata dia berair bila dia beritahu pasal makan di rumah.

“Awak tak makan lebih ni sebab teringat Adik kat rumah ke? Awak risau diorang kurang makan daripada awak?”

Soalan aku kali ni buat air mata dia tumpah terus. Laju.

Patut la ditahan-tahannya makan. Rupanya ingatkan adik-adik kat rumah sekali. Entah makan sedap entah tidak.

Patut la dia tak beria nak makan sedap-sedap.

Allahu. Hebat sungguh contoh dia tunjuk.

Aku rangkul bahu dia memujuk.

“Insya Allah, cukup adik-adik tu makan di rumah. Jangan risau.

Awak kat sini makan je. Ni rezeki awak. Biar cukup makan. Jangan lapar. Belajar rajin-rajin. Nanti dah berjaya, bila besar giliran awak pula untuk bantu orang lain yang susah. Ingat tu.”

Air mata dia terus laju.

Hari ni baru aku faham satu perkara lagi pasal anak seorang ni. Betapa besar hati dan rasa empatinya kepada keluarga. Hinggakan sanggup dia ikat perut sebab tak nak berlebihan daripada mereka di rumah.

Masya Allah.

Sensei doakan jadi orang besar kau satu hari nanti nak.

Aku lepaskan dia. Pusing belakang dan berlalu pergi. Air mata jantan ini memaksa-maksa untuk keluar. Takut tak tertahan.

Ya Allah. Ada sahaja pengajaran baik daripada anak soleh ini. Insaf.

BACA :

Permohonan P. Ramlee untuk membuat filem ini tidak disetujui kerana terlalu banyak belanja
Lelaki terdiam campur terharu remaja hulur 4 keping not RM5 yang berjumlah RM20, rupa-rupanya ini sebabnya
Ibu bapa buang anak Sindrom Down, bibik sanggup jaga pemuda seperti cahaya mata sendiri