Aliff Syukri mengamuk bekas menteri tak bayar hutang, ‘Dia orang hebat, kenalan semua ketua Polis negara, menteri-menteri’

Aliff Syukri mengamuk bekas menteri tak bayar hutang, ‘Dia orang hebat, kenalan semua ketua Polis negara, menteri-menteri’.

Menerusi sebuah ‘posting’ di Instagram milik aliffsyukriterlajaklaris menunjukkan sebuah ‘screenshot’ bersama seorang Bekas Menteri telah dipaparkan olehnya.

Paparan perbualan tersebut telah menunjukkan Dato’ Aliff Syukri telah merayu agar Bekas Menteri tersebut untuk membayar hutang-hutangnya.

“Dia orang hebat, kenalan semua ketua Polis negara, Menteri-menteri, saya hanya ikan bilis… Pelik tak akan lah Tan Sri nak ambik hak saya perniagaan kecilan ini?…” – Aliff Syukri

Aliff Syukri mengamuk bekas menteri tak bayar hutang, 'Dia orang hebat, kenalan semua ketua Polis negara, menteri-menteri'

Dato’ Aliff Syukri turut mengatakan bahawa Bekas Menteri tersebut hanya ‘seen’ mesej yang telah dihantarkan olehnya. Beliau turut mengatakan bahawa beliau berani kerana tindakannya adalah benar dan tiada niat untuk memalukan ahli keluarga Bekas Menteri tersebut.

“Jangan sampai saya hilang sabar, saya tunjuk segala video dan rakaman semua…” – Katanya

Dato’ Aliff Syukri turut meminta tolong jika ahli keluarga menteri tersebut melihat ‘posting’ yang telah beliau memuat naik agar menghubunginya.

Bukti Perbualan Aliff Syukri:

photo 2023 07 03 15 52 00

BACA :

Rider sanggup naik tangga ke tingkat 34 hantar pesanan! ‘Ada hikmah Allah bagi susah kejap tu’
‘Disebabkan ramai ‘attack’ saya, jadi saya ingin jujur niat “udang sebalik batu” yang saya ada di sebalik Misi’
Harga tukar bateri iPhone kini lebih mahal daripada bateri kereta