Ambulans lambat sampai, mangsa kemalangan sempat main game dulu. Sebelum ini tular video yang memaparkan seorang pak cik sempat bermain judi ‘online‘ ketika majlis agama dan menerima kritikan hebat daripada netizen.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @.hazelmint telah berkongsi sebuah video yang memaparkan situasi mangsa kemalangan dipercayai berlaku di berdekatan McDonald’s Taman U Parit Raja, Johor.
Menerusi video terbabit, dapat dilihat pihak polis sedang menunggu kedatangan ambulans dan orang ramai dilihat berada di kawasan kejadian menjenguk keadaan mangsa.
Video tersebut meraih perhatian orang ramai apabila mangsa dilihat selamba bermain Candy Crush di telefon pintarnya dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata netizen mengatakan mereka yang mula-mula berasa kasihan terus terhibur dengan gelagat mangsa tersebut. Malah, ada juga netizen pernah melakukan hal yang sama ketika terlibat dalam kemalangan. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan mendapat lebih 50 ribu tanda suka.
@.hazelmint ambulans lambat sngat, segame dulu 🗿#fypシ #HadaLaboCantikGlow #fypage #foryoupage ♬ tenang by amcha – amchaa
BACA:
Rupa artis KPOP serupa, ini sebabnya..
Cinta berputik kembali, pasangan ini berkahwin setelah 63 tahun berpisah
Gadis ini terkurung dalam almari selama 3 hari, ini cerita sebenarnya