Anak bersunat di klinik swasta, ‘Dah sampai rumah mula perasan zakar Adly sangat pendek’

Pada 13/12/20 Adly bersunat di klinik swasta di Manjung, Doktor suggest untuk menggunakan teknik clamp, selepas settle semuanya, kami dah sampai rumah mula perasan zakar Adly sangat pendek, jadi kami ingat tu biasa bila pakai teknik clamp. Hari ke-2 tiada apa yang berubah, cuma bengkak sikit-sikit jer.

Hari ke-3, 16/12/20 – jam 9 pagi, kami pergi klinik swasta berkenaan untuk buka clamp, Doktor berkenaan hanya buka dan langsung tak tengok keadaan zakar bila diajukan soalan, sebab saya perasan pangkal zakarnye bengkak dan Doktor hanya beritahu itu perkara biasa dan suruh ambil ubat bengkak sahaja tanpa sedikit pun melihat keadaan zakar Adly terlebih dahulu, selepas itu bermulalah episod hitam buat Adly sehingga sekarang, dalam keadaan trauma yang amat sangat sebab menanggung sakit berkali-kali ganda selepas bersunat di atas kelalaian doktor tersebut.

Anak bersunat di klinik swasta, 'Dah sampai rumah mula perasan zakar Adly sangat pendek'

No photo description available.

Hari ke-3 jam 11 malam kami refer ke Hospital Seri Manjung kerana Adly mula tak dapat menahan sakit yang amat sangat, apabila sampai di Hospital, Doktor dapati batang zakarnya tenggelam, dan Doktor melakukan proses mengeluarkan batang zakar.

Semasa proses tersebut, darah beku berketul-ketul keluar dengan banyaknya sebab itu menyebabkan berlakunya pembengkakkan di sekitar pangkal zakar. Adly hanya boleh menjerit kesakitan teramat sangat.

Hari ke-4 jam 9 pagi, proses mencuci dan keluarkan darah beku dilakukan sekali lagi, disebbkan Adly tak kesan dengan ubat tidur dan bius, proses tersebut tak dapat nak dilakukan, jadi Doktor decided untuk masuk OT, selepas selesai semua Doktor terangkan bahawa kulit pada batang zakar habis di potong semasa proses bersunat pd 13hb 12 lalu.

Kesan dari clamp tersebut menyebabkan batang zakar tenggelam, berlaku pendarahan beku disekitar pangkal zakar, kulit batang zakar habis di potong dan kepala zakar senget ke kiri.

Hari ke-5 jam 7 pagi tranfer ke Hospital Ipoh untuk plastic surgery, sekarang masih menunggu keputusan pakar kulit untuk tindakan selanjutnya, doakan urusan Adly dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

*Kami dah jumpa balik Doktor yang sunatkan Adly di kliniknya untuk minta penjelasan, yang sedihnya Doktor tu langsung tak mahu bertanggungjawab dan tak ambil peduli atas apa yang dah berlaku.

BACA :

Momen kahwin & kematian dirakam serentak, ‘Aku sibuk fikir pasal jodoh padahal yang paling dekat dengan kita adalah kematian’
[VIDEO] Wanita meraung kucing ditelan ular sawa, satu lagi kena belit
‘Patutlah tak jawab call isteri’, lelaki ditemui meninggaI dalam tandas dengan kesan keIar