Anak hari-hari petik bunga bagi pada ibu selepas pulang dari sekolah

Anak hari-hari petik bunga bagi pada ibu selepas pulang dari sekolah.

Kebiasaannya, ibu bapalah yang akan mengambil anak selepas saja mereka pulang dari sekolah

Jika tidak, pasti ada van atau bas sekolah yang akan mengambil anak-anak mereka. Pasti banyak ragam dan cerita yang anak-anak akan berkongsi selepas saja mereka pulang ke sekolah.

Anak hari-hari petik bunga bagi pada ibu selepas pulang dari sekolah

Sebagai contoh, aktiviti mereka pada hari ini dan sebagainya, betul tak? Namun, lain pula dengan gelagat seorang anak yang dirakam ibunya ini telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@manal_usamah♬ TIARA ANDINI JANJI SETIA – Sadvibes🥀

Anak petik bunga bagi dekat ibu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu merakam anak lelakinya yang baru saja pulang dari sekolah.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah anaknya itu tidak terus pergi kereta si ibu, malah dia sempat memetik bunga di luar kawasan sekolah terlebih dahulu.

Budak itu kemudian memberikan bunga tersebut kepada ibunya dan memasuki kereta. Difahamkan, anaknya itu akan memetik bunga hari-hari dan memberikan kepadanya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@manal_usamah♬ girls like me don’t cry (sped up) – thuy

“Ya Allah kecil-kecil dah sweet ya. Seronok ibu kalau macam ni” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan budak berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M views, 175.9K likes dan 3,600 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image from @manal_usamah (TikTok)

Image from @manal_usamah (TikTok)

Image from @manal_usamah (TikTok)

Image from @manal_usamah (TikTok)

Image from @manal_usamah (TikTok)

Comel lah dik! Sweet pula tu.

BACA :

Suami isteri sepakat gugur janin 6 minggu, ‘Hidup susah tapi terhamil anak Ke-6’
Budak ‘despatch’ dapat PhD
Aksi gagah remaja perempuan angkat tandan kelapa sawit, ‘Ok yang ni real, gadis made in Malaysia’