‘Anak saya terpaksa homeschooling. Kena buang sekolah. Sebab saya susah dahulu’

Anak saya terpaksa homeschooling. Kena buang sekolah. Sebab saya susah dahulu.

“HOMESCHOOLING GAYA ORANG MISKIN” modalnya sedikit. Perlukan kerajinan dan ketekunan.

'Anak saya terpaksa homeschooling. Kena buang sekolah. Sebab saya susah dahulu'

Edit base on comment yang menarik minat saya untuk reply.

Komen ke 1

  • Mahal sangat ke kos persekolahan di Malaysia.
  • Memang betul bayarannya murah, Tapi….
  • Saya hanyalah ibu tunggal
  • Anak 4 diceraikan masa mengandung 2 bulan.
  • Meniaga tepi jalan
  • Mengutamakan kebelansungan hidup
  • Makan minum, tempat tinggal
  • Tak mampu dari segi yuran
  • Kalau 1 anak RM100.00 x 3 = RM300.00
  • Duit belanja harian ke sekolah
  • Komitmen masa
  • Baju sekolah
  • Keperluan alat tulis
  • (Dulu tak jumpa kedai eco kat Sarawak)
  • Permintaan lain…
  • Bulanan memang kata free…
  • Yang lain

Komen ke 2

  • I too feel something is wrong
  • Mungkin ada isu lain yang tidak disampaikan
  • Cikgu call
  • “Anak tak sekolah mengganggu peratusan kehadiran sekolah je”
  • Dalam komen ada dilampirkan “DOKUMEN PERLANGGARAN PERATURAN SEKOLAH”
  • Cikgu hanya tick bahagian
  • (B) Tidak hadir tanpa sebab (lebih 3 kali)
  • (J) Lain-lain ( PONTENG BERPANJANGAN), list tarikh tidak hadir
  • Anak tidak melanggar mana- mana peraturan lain
  • Asyik memonteng
  • Last dapat surat berhenti sekolah
  • Terima dengan hati terbuka
  • Pasti ada hikmahnya
  • Tak pernah salahkan siapa-siapa
  • Saya tahu…. Anak Mesti bersijil
  • Kerana itu adalah masa depan hidup di Malaysia
  • Pengiktirafan mesti berdokumen

Komen ke 3

  • Kenapa sampai berhenti.
  • Saya stress. Pernah bûnoh diri
  • Anxiety Bipolar tahap menggigil
  • Baling pinggan mangkuk, cawan kaca
  • Marah anak tanpa sebab
  • Masalah komitmen masa nak hantar anak dan ambil dari sekolah
  • Jam 11 baru pacak kanopi
  • Jam 1 nak ambik pulak
  • Makan …kafa..pernah Ain saya lupa nak ambik sampai tinggal dia sorang di sekolah…bahaya la pulak
  • Kewangan
  • Baju, aktiviti, peralatan sekolah, dll
  • Saya stress. Bingit telinga bila anak minta macam-macam

Komen ke 4

  • Komen paling best
  • “Mana ayahnya “ rasa nak senyum
  • Malangnya ayah mereka tak pernah beri 1 sen nafkah pun. Full stop

Komen ke 5

  • Belajar macam mana
  • Miskin. Mana mampu ambik private tutor
  • Last saya jadi mak ni buat jadual, belajar juga semua subjek
  • Goggle soalan. Beli buku murah
  • Disiplinkan anak. Memang guna kekerasan juga kadang
  • Anak kena DISIPLIN
  • Anak mesti akur dengan JADUAL DAN TUGASAN DIBERI
  • Saya garang la kalau bab tak dengar cakap
  • Ceramahkan mereka
  • “Kalau mami meninggal. Engkau semua akan hidup susah tanpa pendidikan dan pensijilan. Nak ke hidup susah macam dulu”
  • Itulah bebelan hari-hari

Komen ke 6

  • Mak dia educated person
  • Saya dapatkan pensijilan semua selepas bercerai
  • 2015 bermulanya mensijilkan Kemahiran
  • Ada pengalaman 20 tahun dalam bidang salun dan spa. Saya masuk GIATMARA hanya kerana nak dapat sijil dari badan yang diktiraf
  • Dari Giat Mara Saya nampak laluan SKM sangat membantu saya dapatkan TRUST DAN CREDIBILITY membangunkan bisnes kecil saya
  • Ada pengalaman 15 tahun dalam bidang Tadika Taska. Saya sambung Degree In Psychology di Open University
  • 7 tahun perjalanan saya menamatkan Ijazah. Baru saja menamatkan
  • Hasil duit meniaga tepi jalan. Saya gagahi untuk sambung belajar
  • Ada duit ….on
  • Takde duit…. Tangguh semester
  • Itu la saya lakukan. Saya pun ibu tunggal biasa-biasa yang mencari laluan hidup
  • 10 tahun struggle
  • Jahitan bersalin koyak 2 kali sebab heret kanopi, stall, peralatan berniaga
  • Ya ALLAH . Inilah motivasi terbesar saya nak anak bersijil

Komen ke 7

  • Siapa jaga anak masa meniaga. Bagaimana urus masa
  • Anak bawa sekali. Mereka settle set up stall dulu. Berniaga la seperti biasa. Kecik-kecik dah pandai masak roti john., burger, layan customer
  • Belajar ikut la kesempatan
  • Tiada customer… menyempat belajar
  • Yang penting. Ada belajar

Komen ke 8

  • Takut orang lain akan kata
  • “Takpelah, tak sekolah pun boleh hebat”
  • Soalan: Apa jalan anak yang telah dibuang sekolah ada
  • Alhamdulillah saya ibu yang nampak pendidikan dan pensijilan itu penting
  • Mengasah dan menggilap potensi anak itu penting. Makanya saya berusaha juga mengasah anak-anak , walau tidak excellent macam anak orang lain
  • A+
  • Anak saya dapat LULUS pun saya syukur dah. Alhamdulillah saya diberi pengalamn sakit dalam hidup mengajar saya bangkit dan melupakan sebentar kesedihan
  • Saya sendiri menggunakan laluan jauh dalam melengkapkan diri dengan jalan jauh
  • Masuk Giat Mara➡️Sijil Kemahiran Malaysia Level 2 dan Level 3➡️Sambung Degree in Psychology ➡️Saya sambung Master in Psychology dan InshaAllah Saya akan sambung sampai PhD
  • Sekurangnya saya BERIKHTIAR
  • Bukan hanya MERATAPI TAKDIR DAN BERSERAH

Komen ke 9

  • Rutin puan seharian
  • Rutin
  • Bangun subuh, solat ngaji, sarapan, kemas rumah, basuh baju.
  • Belajar
  • Then lunch. Zohor.
  • Sambung belajar
  • Aktiviti bebas
  • Mandi . Solat. Ngaji
  • Sambung belajar lagi
  • Sampai ke malam
  • Now mereka live jam 9 malam di tiktok dan facebook tiap malam
  • Praktis bercakap, kembangkan idea melalui soalan audience
  • Tapi mereka tak penat, sangat santai dan flexible masanya. Happy je

Komen ke 10

  • Ada tak prosedure khas
  • Setakat kes saya ni TIADA
  • “LALUAN mereka nanti puan”
  • Boleh la mula google
  • Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia
  • My spike untuk lihat bidang Kemahiran diminati anak
  • Kami ada bukak kelas. Follow page ini
  • Akan ada jadual kursus
  • Di mana: Damansara Damai Petaling Jaya Selangor
  • Ada kelas online: Ada. Live di private group

Komen paling ramai komen

Ibu hebat, ibu kuat, anak hebat

Semuanya izin Allah kan

Hamba teraniaya..perbanyakkan doa

Sebagai ibu.

No 1: Wajib maafkan anak-anak tiap hari

“Ya Allah aku sebagai ibu. Memaafkan dosa anakku walau sezarah dosanya pada ku. Aku ibunya redha akan mereka. Maka redha lah kau Ya Allah ke atas mereka

Harus belajar menarik nafas dengan perangai si anak

No 2: Jangan manja kan anak. Sampai kita ibunya terpaksa dengar cakap anak. Kita je kena fikirkan hati anak
Ingat. Kita ada beberapa orang anak yang lain nak dibesarkan . Kesihatan emosi dan mental ibu kena sihat
Sihat si ibu. Bahagia lah anak. Cerah masa depan anak

No 3: Disiplin anak dapat dibentuk dari kecil. Kerana itu. Dengan siapa anak bergaul sangat penting

No 4: Anak wajib mengaji, solat, zikir setiap hari tanpa miss. Kerana anak kecik inilah doanya Allah dengar dan perkenan dengan cepat

Lebih lagi anak teraniaya oleh ayah mereka sendiri (diabai tanpa nafkah)

No 5: Saya sentiasa ceritakan bab anak derhaka dan kesan menjadi anak derhaka

Selalu suruh tengok tanah kubur

Saya bawa anak bersusah berniaga jalanan. Supaya mereka tahu kesusahan saya mencari duit untuk besarkan mereka
Alhamdulillah mereka sentiasa berpegang “IBU SUSAH BESARKAN MEREKA”

Jangan bimbang

Laluan masa depan anak

Allah ada. Bersangka baik pada Allah

Rezeki rahsia Allah

BACA :

Lelaki ini boleh membeli segala-galanya, sebaliknya setiap hari dia memilih satu perkara yang tidak boleh dibeli
Mak cik cleaner dapat jam Rolex harga RM35K oleh majikan selepas 10 tahun berkhidmat
[VIDEO] Rider terpaksa tahan gelak, jadikan atap zink sebagai ‘loceng’ rumah