Anak Shuib tak kekok keluar minum bersama Wan Sharmila, sekali Shuib bersuara

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Anak Shuib tak kekok keluar minum bersama Wan Sharmila, sekali Shuib bersuara shuib sepahtu buble bee shuib bee shuib bumblebee shuib bubble bee shuib [/bg_collapse]

 

Perkongsian terbaru di Instagram allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah membuatkan ramai netizen tersenyum dan hadir pelbagai spekulasi baru setelah pelakon, Wan Sharmilla dilihat makan bersama-sama anak arwah, Dzahira Talita Zahra.

Tak kekok keluar makan sama.

Kemesraan yang ditunjukan telah mengundang usikan nakal dari mereka yang inginkan Shuib kembali berumah tangga dan menjadikan pelakon cantik itu ibu kepada anak-anaknya.

Walaupun pelawak tersebut tidak berada bersama-sama anak perempuannya, namun Talita atau Dekta tidak kekok berbual dengan Wan Sharmilla.

Terima kasih luangkan masa dengan aunty
Wan Sharmilla juga memuat naik gambar bersama Dekta serta ibu tiri allahyarham Siti Sarah dengan mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa seharian serta menghadiahkan serta menaja tudung jenama LOVETA buatnya.

Dalam kapyen yang disertakan juga pelakon drama Tujuh Hari Mencintaimu itu turut menyatakan yang dia sama seperti Dekta yang sudah tidak mempunyai ibu juga.

Bakal mummy baru ke tu?

Anak Shuib tak kekok keluar minum bersama Wan Sharmila, sekali Shuib bersuara shuib sepahtu buble bee shuib bee shuib bumblebee shuib bubble bee shuib
Menjengah keruangan komen di Instagram, ramai yang meninggalkan komen dengan mengatakan tekaan mereka benar selepas beberapa hari lepas tular video Dekta bersama seorang wanita misteri.

Ada juga yang mendoakan agar Wan Sharmilla untuk menjadi ibu kepada Dekta namun ia sekadar usikan nakal buat Shuib sahaja.

Sebelum ini, video Dekta memeluk seorang wanita dengan kapsyen ‘aunty kesayangan’ telah membuat pelbagai spekulasi berkaitan individu yang dikatakan sedang dekat dengan Shuib.

Walau bagaimanapun, kapsyen yang berlegar di Instagram itu cuma sekadar konten berkaitan kerja dan hanya peminat sahaja yang menulis pelbagai andaian kerana mahu melihat pelawak tersebut mencari pengganti.

Tonton:

Berita Lain:

Netizen dedah gambar bakal isteri Shuib, siap peluk mesra dengan anak Siti Sarah

[Video] Abang arwah Siti Sarah kongsi pengalaman positif Covid-19 tahap 4

Shuib tanya anak mahu kahwin lagi, ini jawapan padu anak shuib….