‘Anda mungkin lupa PM kebanggaan anda merayu kepada PM kami supaya selamatkan negara anda’

‘Anda mungkin lupa PM kebanggaan anda merayu kepada PM kami supaya selamatkan negara anda’.

Ya betul negara kami iaitu Malaysia masih lagi berstatus negara membangun.

Ya betul negara anda iaitu Singapura telah mengecapi status negara maju lebih 40 tahun.

Dan hal itu boleh menjadi bahan lawak serta kutukan anda di atas pentas “standing comedian”.

'Anda mungkin lupa PM kebanggaan anda merayu kepada PM kami supaya selamatkan negara anda'

Tetapi anda mungkin terlupa bahawa…

1. Perdana Menteri kebanggaan anda iaitu Lee Kuan Yew jugalah yang menangis dan merayu-rayu kepada Perdana Menteri kami iaitu Tunku Abdul Rahman supaya menyelamatkan negara anda daripada dikuasai oleh Barisan Sosialis dan anasir komunis.

2. Tanpa kami dan tentera kami yang berkorban nyawa demi melindungi anda, sudah lama negara anda yang kecil itu disusupi oleh pasukan gerila Indonesia yang saban hari ingin menakluki negara anda pada tahun 1963 – 1967 semasa era Konfrontasi.

3. Negara anda masih lagi mengharapkan ehsan Malaysia untuk menjual air mentah dari Sungai Johor serendah 3 sen seliter sejak September 1962 hingga kini walaupun kami menuntut anda membayar sebanyak RM3 seliter.

4. Anda telah membuat keuntungan yang besar apabila mengawal sebahagian laluan ruang udara kawasan tengah dan selatan Semenanjung Malaysia yang kerap dilalui oleh pelbagai pesawat penerbangan komersial sejak tahun 1974 tetapi agak lucu apabila anda mula menggelabah ketika kami menuntut semula hak untuk mengawal laluan penerbangan di ruang udara kami sendiri secara sepenuhnya.

5. Sebahagian besar rakyat negara anda jugalah yang datang setiap hari untuk mengisi petrol bersubsidi di stesen-stesen minyak di negara kami seperti pencuri kerana harga petrol di negara anda sangat mahal.

6. Sebahagian besar rakyat negara anda terpaksa mengemis dan berbelanja pelbagai barangan keperluan harian di negara kami kerana tidak mampu menyara hidup di negara sendiri disebabkan oleh kos sara hidup yang sangat tinggi.

7. Negara anda sehingga hari ini masih lagi mengharapkan kehadiran rakyat kami ke sana pada setiap hari untuk mengisi pelbagai sektor pekerjaan kerana tanpa rakyat kami yang bekerja di sana, ekonomi negara anda akan lingkup.

8. Sebahagian besar bahan makanan, bahan mentah dan barangan keperluan anda masih lagi mengharapkan belas ehsan negara kami. Tanpa kami, anda akan kebuluran dan terpaksa mengimport bahan makanan yang lebih mahal dari negara lain.

9. Dan yang paling penting adalah TANAH YANG ANDA TINGGAL PADA HARI INI IAITU SINGAPURA ADALAH HAK MILIK ASAL NEGARA KAMI MELALUI KESULTANAN JOHOR-RIAU-LINGGA SEBELUM DIAMBIL OLEH PIHAK BRITISH DAN MENYERAHKAN KEPADA NENEK MOYANG ANDA YANG MERUPAKAN PELARIAN DARI TANAH BESAR CHINA.

Diharapkan muka anda akan jelas terpampang di kaunter-kaunter imigresen Malaysia dan dilarang sama sekali untuk menjejakkan kaki anda yang kotor itu ke negara kami buat selama-lamanya.

Sekian.

BACA :

Kisah si Tukang Masak
Warga emas umur 119 tahun gembira jadi tetamu ALLAH, sanggup jual sawah dan lembu
Bilik macam hotel dalam treler, netizen kagum dengan ‘pilot darat’