Annuar Musa luah perasaan di Facebook

Seketika dulu kita cemas dan rimas dgn cara pemerintahan DAP-led PH..Justeru kita ketepikan segala sentimen,kita muafakat..UMNO PAS PPBM@tsmy,PKR@AA,MCA,MIC,PBRS,PBS,STAR,[email protected] mereka.Dgn majoriti yg tipis kita jadi kjaan.

Kini tidakkah kita perlu kuatkan lagi muafakat kita,perikatan kita,barisan kita?atau kita kembali berpecah?

Pada saya,jika mahu berjaya,jika mahu di percaya,pastikan kjaan PN jadi kerajaan yg berjaya,kabinet yg bersatu,team yg berkerja,yg jujur dan setia..

Malangnya kini terdapat tanda tanda muncul pihak yg mahu berpecah belah.DAP dan rangkaian kembali mendapat rentak spt sebelum PRU14 yaitu pecahkan kesatuan kita,kerana yg paling di takuti mereka ialah jika UMNO PAS PPBM bersatu dan menentang PH secara dua penjuru.

Berhati hatilah.ALQURAAN mengajar kita supaya berpegang teguh pd tali Allah dan jgn bercerai berai.Islam mengingatkan kita jgn berbantah bantah nescaya kita hilang kekuatan.Bangsa kita punya bidalan Bersatu teguh bercerai roboh..

Saya sendiri di tuduh mcm mcm hanya sy berharmoni dlm kabinet dan bernaung bawah pimpinan pm yg merupakan presiden PPBM.Saya bertugas sbg SUA BN DAN MN yg menjaga hubungan baik dgn SUA PAS dan SUA PPBM.

Saya terus istiqamah atas dasar dan keputusan parti,yaitu kita menyertai kerajaan PN,SOKONGAN KITA EN BLOC,KITA TERIMA TSMY SBG PM,PAS DAN BERSATU RAKAN KITA DAN BAGI KITA,”NO DAP NO ANWAR”..

Saya tidak mau menoleh kebelakang..terus mara ke depan dgn dasar yg parti putuskan itu.

Berusaha padukan UMNO PAS PPBM sbg teras politik penyatuan melayu dgn muafakat lebih besar berbagai kaum bersama PN MN BN GPS GRS dll friends of BN..adalah WAJIB bagi saya.
Ditakdirkan pegangan saya ini berbeza maka kita harus redha utk berbeza…

Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa,atau cuba menguasai melalui politik “wayang cina/chinese opera”.Saya percaya mereka kini ada strategi lebih halus..Strategy TROJAN

HORSE…berpura pura berada bersembunyi di belakang,tapi tetap berikhtiar agar PPBM UMNO PAS berpecah..

Bersatulah,Berpadulah..PN-BN-GPS-GRS..GABUNGAN NASIONAL…Inilah BARISAN KITA.

Sumber: