Anwar berkeras tidak mahu terima gaji Perdana Menteri

Anwar berkeras tidak mahu terima gaji Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengotakan janjinya untuk tidak menerima gaji yang diterima sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, itu langkah pertama yang akan dibuat dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

“Saya umumkan untuk tidak menerima gaji (sebagai Perdana Menteri) sebagai langkah untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Anwar berkeras tidak mahu terima gaji Perdana Menteri

“Saya juga tidak mahu rakyat lihat menteri tanpa mengira parti memikirkan soal gaji, kontrak dan saham,” katanya dalam sidang media khas di Rumah Kelab Sungai Long, di sini, hari ini.

Ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan dia bersedia untuk tidak menerima gajinya jika dipilih sebagai Perdana Menteri.

Keputusan itu dibuat ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi selain ketidaktentuan ekonomi.

BACA:

PM Singapura ucap tahniah atas perlantikan Anwar, tak sabar untuk bertemu

Kru kabin cakap ‘Kelate’, ramai tergelak mendengarnya

Netizen perasan satu perubahan pada Janna Nick