Al Hamdulillah pagi Jumaat Penghulu segala hari.Sukarelawan ARiF Diberikan kesihatan yang baik dapat meneruskan hari yang ke dua puluh membantu masyarakat diluar sana yang memerlukan bantuan.
Pagi ini sukarelawan ARIF melakukan Disinfeksi Nyah virus Covid-19 yang telah diatur oleh KKM.
Di enam buah keluarga di sekitar Taman Desa Bukit Baru,Kampung Bukit Larang,Taman Permatang Pasir Perdana,Kampung Bukit Kechil dan Taman Air Keroh Height serta Kampung Bukit Meter.
Operasi Kali ini melibatkan empat orang Sukarelawan dari ARiF Melaka.
Sukarelawan ARiF juga dibantu oleh teman-teman sukarelawan Biro Kebajikan Kemanusian Bencana Alam (BKKBA) dan Puan Azurah Talib Naib tiga Amanah Negeri Melaka merangkap Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri Melakan dan Puan Aniza AWAN Amanah Negeri Melaka.
Mewakili keluarga-keluarga ini merasa terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan ARiF Melaka dan semua sukarelawan yang terlibat membantu.
Serta ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak KKM diatas keperihatinan dan kepedulian terhadap mereka.
Jutaan terima kasih juga pengurusan ARiF Melaka ucapkan kepada ahli parlimen Kota Melaka YB Khoo Poay Tiong diatas sumbang guna 4WD bagi kegunaan membawa peralatan dan sukarelawan.
Bagi yang ingin bersama-bersama berkongsikan rezeki yang Allah berikan kepada sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Disinfeksi Nyah virus Covid-19 bolehlah salurkan kepada:
*Akaun Persatuan Amal Kemanusiaan,Amal Relief Malaysia, ARiF Melaka. Maybank :569963013396*
Marilah kita berdoa agar Allah memelihara Sukarelawan ARiF dan semua Sukarelawan yang membantu dalam tugasan, FRONTLINER Negara dan Rakyat Malaysia daripada wabak ini serta memohon agar dipulihkan semula keadaan kepada sediakala. Amin…
*PEDULI SEDIA KHIDMAT*
*ISLAM RAHMAT SEKALIAN ALAM*
*HAIRIL ANUAR BIN SAMAT*
*Pengerusi Amal Relief Malaysia*
*(ARiF) Negeri Melaka*



