Aset Malaysia seluruh dunia kini terancam – Peguam

Aset Malaysia seluruh dunia kini terancam – Peguam. Aset Malaysia di seluruh dunia kini diancam bahaya susulan tuntutan yang dibuat waris kesultanan Sulu bernilai AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Memetik laporan Reuters pada Isnin, pasukan peguam pewaris kesultanan itu berusaha memastikan keputusan timbang tara yang diputuskan sebelum ini direalisasikan.

“Arah ‘penangguhan’ yang dilihat melegakan kerajaan Malaysia buat sementara waktu itu hanya penanggughan sementara di sebuah negara sahaja, Perancis.

“Bagaimanapun, ia tidak melibatkan 169 negara yang lain,” kata Paul Cohen, yang merupakan ketua pasukan peguam pewaris keturunan itu.

Selain aset yang dikecualikan seperti bangunan diplomatik, mana-mana aset kerajaan Malaysia di dalam negara yang disenarai dalam kovensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah layak untuk dituntut, kata salah seorang peguam, Elisabeth Mason.

Aset Malaysia seluruh dunia kini terancam - Peguam

Waris kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

BACA:

Penceramah bebas terkenal ditahan polis libatkan kes rogol remaja

Suspek kelar isteri dan bayi dirujuk ke hospital mental

Nama daddy elok je sebut Fattah Amin, nama mommy jadi ‘Zuwa’