Asif dan Yoe hanya mahu berlakon dengan Syahmi, ini sebabnya…

Asif dan Yoe hanya mahu berlakon dengan Syahmi, ini sebabnya… Keikhlasan dan keakraban hubungan persahabatan tiga bintang YouTube popular iaitu Asif Suhaimi, Yoe Parey dan Syahmi Sazli sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi.

Bermula dari penglibatan mereka dalam filem Syif Malam Raya, Mael Totey The Movie sehinggalah yang terbaharu, 35mm, tiga sekawan ini tetap bersama.
Disebabkan keakraban itu jugalah Asif dan Yoe hanya akan menerima tawaran berlakon sekiranya Syahmi terlibat sama.

“Saya hanya dengan Syahmi sahaja dengan orang lain tak. Sebab saya tak boleh dengan orang lain. Cukup baik dengan Syahmi, doakan yang terbaik untuk saya,” kata Yoe.

“Tak mahu, saya hanya boleh dengan Syahmi sahaja. Sebab selesa, senang dan mudah dengan Syahmi,” ujar Asif pula.

Melihat sahaja reaksi mereka berdua pun sudah cukup untuk mengetahui keperibadian sebenar Syahmi.
Asif dan Yoe ditemui Gempak sebelum mengadakan rakaman program Gempak TV di Studio 3, Astro pada Isnin.

Asif dan Yoe hanya mahu berlakon dengan Syahmi, ini sebabnya...

Gempak TV yang dihoskan oleh Isha dan Daniel ini bersiaran setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Dalam perkembangan terbaharu, Asif, Yoe dan Syahmi muncul bersama filem terbaharu mereka, 35mm yang ditayangkan bermula hari ini.

Saksikan 35mm hanya di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau pilihan yang lebih fleksibel, 35mm juga boleh distrim di Astro Go dan On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (dua hari) secara berulang-ulang.

Sejak diluncurkan semalam, filem 35mm mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton.

Menerusi salah satu komen yang ditinggalkan di Facebook, ramai yang memuji mutu produksi karya arahan Syahmi Sazli itu, selain jalan cerita dan pengakhiran yang dikatakan luar biasa.
“Syahmi Sazli Production is on another level. Satu filem yang penuh dengan tanda tanya buat penonton berteka-teki. Filem ini main emosi. Ending dia superb.

“Aku rate 10/10. Tak rugi purchased RM15 dekat Astro First. Untuk Syahmi Sazli, terima kasih melahirkan sebuah karya yang dah lama Malaysia takda.
“Semua elemen-elemen dalam storyline main perasan. Tahniah dan terus sukses Syahmi!” tulisnya.

35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.

Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.

Filem fantasi komedi, 35mm, berjaya meraih kutipan sebanyak RM300,000, menjadikan naskhah arahan Syahmi Sazli itu sebagai naskhah pembukaan hari pertama paling tinggi untuk tahun 2022.
Hal tersebut diumumkan menerusi akaun Instagram Astro Shaw sebentar tadi.

35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.

Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

BACA:

Ini cara nak tahu durian sedap berlemak, tak menyesal punya

Mudahnya! Pemuda ini kongsi cara keluarkan duit tanpa perlu ke ATM

Membimbangkan! 70 peratus rakyat Malaysia hidup dalam keadaan tak cukup wang