‘Awek saya keluar dengan kawan baik saya bang, saya ni berniaga bang, takde masa nak keluar layan awek saya’

‘Awek saya keluar dengan kawan baik saya bang, saya ni berniaga bang, takde masa nak keluar layan awek saya.’

Ada satu hari tu. Ketika saya nak masuk kereta. Tiba-tiba ada orang panggil saya. “Bang, bang, bang Azri”

Saya toleh. Ada seorang anak muda lingkungan usia 20an. “Ya saya” saya jawab. “Bang, saya tak sangka jumpa abang dekat sini. Saya selalu folo live dan video abang. Terima kasih bang”

Dia hulurkan tangan. Kami bersalaman. Nama dia Danish.

 'Awek saya keluar dengan kawan baik saya bang, saya ni berniaga bang, takde masa nak keluar layan awek saya'

“Bang saya nak tanya sikit boleh?” Danish bertanya. “Ha apa tu” saya jawab ringkas.

“Camni bang, saya ada girlpren. Baru semalam saya dapat tahu, girlpren saya keluar dengan kawan baik saya bang. Dorang dah mengaku, dorang bercinta”

Tiba-tiba air mata Danish mengalir. Sambil bercerita.

Saya diam dan mendengar.

“Saya ni berniaga bang, takde masa sangat nak keluar layan girlpren saya tengok wayang apa semua. Saya rasa sakit sangat hati ni bang, kecewa semua ada. Boleh bagi saya nasihat tak bang”

Danish kesat air mata guna lengan.

Saya pun mula memberi nasihat yang lembut ” kau push up 20″

Danish garu kepala. Dia tanya “sekarang ke bang?” Saya jawab “Ya! Now!”

Danish pun push up. Sampai 3 je dia push up. Lepastu tangan dia lembik tak larat nak bangun.

Saya suruh dia berhenti dan saya mula bagi dia nasihat seperti berikut :

1. Danish mulai hari ni kau tinggalkan kawan lelaki kau yang rembat awek kau tu. Cari kawan lain.

2. Mulai hari ni, jadikan peristiwa ni sebagai pengajaran. Kau develope diri kau jadi high value man.

3. Kau kena start workout. Get a good shape. Sebagai lelaki, bila fizikal kita strong, kepala hotak kita susah nak weak! Rutin itu akan membuatkan kau jadi lelaki yang berdisiplin.

4. Bila kau dah mula konsisten exercise, otak kau akan keluarkan hormon endorfin. Kau akan feel good. Kau akan jadi positif.

5. Bila badan kau mula strong dan kau mula positif. Kau akan mula dapat bina keyakinan diri yang tinggi.

6. Kau kena tambah ilmu bermanfaat dan make more money. Belajar cipta aliran tunai dan belajar uruskan.

7. Pergi bergaul dengan orang berjaya. Kalau tak tahu nak cari mana, masuk secret grup Azri Walter.

8. Paling penting jaga agama. Jaga Solat, baca, faham serta amalkan quran, cuba sedaya yang mampu untuk ikut sunnah Nabi saw.

Faham?

Apa yang saya nasihat ni adalah supaya mulai hari ini Danish fokus membangunkan diri sendiri dan sukses setiap penjuru hidup.

Sekaligus Danish akan jadi Lelaki yang ada banyak VALUE.

Apabila Danish berjaya menjadi High Value MAN maka orang akan rasa rugi kalau tak dapat dekati Danish. Maka berebut-rebut wanita nak Danish kahwini dan pimpini mereka. Waktu tu Danish tinggal nak pilih sahaja.

Style tak?

Danish dengan wajah teruja mengangguk-angguk tanda faham.

“Danish ingat ni Lelaki handal untuk wanita handal. Begitu juga sebaliknya”

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan

(30:21)

Saya masuk kereta dan terus beredar meninggalkan Danish dengan perjuangan baru nya.

BACA :

Ibu bapa bimbang dengan trend Barcode di sekolah
Amir Ukays bengang, “Makin lama makin melampau”
Black out tengah malam, lelaki kongsi cara buat lilin tahan berhari-hari hanya guna 4 bahan ringkas