Awie dan Erra Fazira sepentas, ini reaksi isteri Awie

Awie dan Erra Fazira sepentas, ini reaksi isteri Awie.Penyanyi rock legenda, Datuk Awie menjelaskan, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin juga tidak cemburu apabila dia sering menjalinkan kerjasama dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, isu terbabit tidak pernah timbul antara dirinya dan isteri. Bahkan, Awie berkata, Sharifah sangat memahami dan teruja setiap kali dia dan Erra bekerjasama.

“Tiada isu antara kami kerana isteri saya memang sporting mengenainya. Malah, dia telah memberikan kebenaran dan sangat teruja.

“Sebab dia pun peminat Erra. Jadi, semuanya baik-baik sahaja, tiada perasaan cemburu.

“Berpuluh tahun saya dah kenal dia. Kami banyak tolak ansur dan faham antara satu dengan lain.

Awie dan Erra Fazira sepentas, ini reaksi isteri Awie

“Dulu pernah bertunang, kecewa, putus dan hujungnya kembali bersahabat. Insya-Allah, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya,” katanya.

Awie berkata demikian dalam sidang media Konsert Romantika yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert Romantika yang menampilkan Awie dan Erra itu bakal diadakan di Sabah International Convention Centre pada 20 Ogos depan.

BACA:

Johny Depp tak minat kutuk Amber, fokus untuk teruskan hidup

Isu masalah air, balak didedah Husam tidak akan gugat Pas

Berhabis RM3,000 ‘modified’ kereta untuk kemudahan ayah, lelaki ini terima pujian