Ayah datang sekolah buat kejutan untuk anak setelah 5 tahun tak jumpa

Ayah datang sekolah buat kejutan untuk anak setelah 5 tahun tak jumpa.

Atas tuntutan kerja pastinya terdapat ramai di antara anak yang tidak dapat berjumpa dengan ayah mereka sejak dari kecil. Situasi berjumpa semula pastinya akan membuat sesiapa sahaja yang melihat berasa sebak.

Baru saja tular sebuah video di media sosial di mana rakaman menunjukkan seorang ayah yang dikatakan tidak pernah berjumpa dengan anaknya selama 5 tahun telah datang ke sekolah untuk membuat kejutan pada anaknya.

Ayah datang sekolah buat kejutan untuk anak setelah 5 tahun tak jumpa

Dapat dilihat anaknya yang terkejut dan terus memeluk ayahnya. Situasi tersebut sangat menyayat hati kerana 5 tahun merupakan tempoh yang agak lama.

“Seorang ayah yang tidak pernah berjumpa anaknya selama 5 tahun telah datang buat surprise bawa maskot dan kek untuk sambutan Harijadi anaknya di sekolah. Semoga kasih sayang anak dan bapa ini berterusan sampai bila2.”

ayah2

Ramai yang terharu melihatkan situasi seperti itu.

“Menitis air mata saya.. Ayah anak saya langsung tak ambik tau pasal anak2 die lepas berpisah”

“Kenapa kita yg lap air mata yer”

“Ya Allah. pagi ni ku dah nangih kerna xleh blik raya berkumpul dgn saudara mara, ni pulak tambah nangis bl tgk ank n Ayah”

Lihat rakaman tersebut di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga komen netizen :

@Kayla2501 : Menitis air mata saya.. Ayah anak saya langsung tak ambik tau pasal anak2 die lepas berpisah

@Qayyum & Alya : anak Sy dh darjah 2..last umur 7 bulan jumpa papa dia..klo jmpa pun mgkin dia lari kot..sbb xkenal

@aeninur831 : mcm ni keadaan ank sya..5 thun akn dtg..menunggu pelukkn seorg ayh..windunya. terpaksa berpisah kerana tirai besi..windu sngt suami

@reenarizal88 : Allah rindu kt arwah ayah Sya 21 thun dh pergi ke negara abadi moga syurga tmpt ayah Aamiin2

@acik ika : ganti tisu saya balik..rndu my abah..dh 3thn pulang ke negeri abadi..

@Mawarni : selagi ayah masih amik tahu percayalah dia ayah terbaik buat kamu dik..

@DonatDapoq : hanya yg lalui rasa perit dia. Harap anak² ummi pun terus kuat.

@abuya onah : aunty dh khwin mcm ni pn x jmpa ayh sehari 2 pn dh rindu,ni 5 thun x jmpa mau meroyan.

BACA :

Beri nombor pin bank & renew khairat kematian, bapa buat persiapan tinggalkan keluarga, ‘Kamu tak perlu keluar 5 sen pun’
Hati-hati dengan virus Rotavirus, bayi cirit-birit, muntah-muntah & demam
Peniaga jujur kongsi tips pilih durian isi penuh, tengok bentuk & pangsa