Ayah keluar lepak lama sangat, anak hantar ‘voice note’ membebel cuit hati netizen.
Mempunyai anak yang masih kecil sememangnya banyak cabaran buat ibu bapa
Tambahan lagi, mereka ini pula banyak kerenah yang perlu dilayan. Pada masa inilah pelbagai benda mahu diterokai oleh si kecil.
Sehingga kadang kala ia membuat kita pening tetapi ada juga yang menghiburkan hati. Jadi, tidaklah sunyi keluarga itu.
Sama seperti video di TikTok ini apabila gelagat seorang budak kecil membebel kepada bapanya telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
@cikbellbungaThank you Bunga ambil alih tugas mama 🤣 Mama dah boleh relax now hahaha
Hantar voice note suruh balik cepat
Menerusi video tersebut, kelihatan si ibu berkongsi perbualan di WhatsApp di antara suami dan anaknya.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah si anak perempuan menghantar voice note kepada suaminya mengatakan agar bapanya pulang segera.
“Dah dah balik balik, baby dah nangis ni, balik balik,” ujarnya.
“Biasanya, kalau anak yang panggil balik. Confirm ayah dia akan balik” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 76.7K likes dan 1,204 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Confirm ayah dia balik kan lepas tu.
BACA :