Ayah sakit strok jadi wali akad nikah bikin netizen sebak, ‘Tak sengaja air mata mengalir, rindu bapa’

Ayah sakit strok jadi wali akad nikah bikin netizen sebak, ‘Tak sengaja air mata mengalir, rindu bapa’.

Perkahwinan merupakan impian bagi semua pasangan dan berharap supaya ia menjadi realiti

Lagi indah sebuah perkahwinan apabila ibu bapa turut bersama meraikan dan menemani anak mereka. Segala momen-momen manis dapat dikenang bersama.

Ayah sakit strok jadi wali akad nikah bikin netizen sebak, 'Tak sengaja air mata mengalir, rindu bapa'

Begitupun baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang pengantin perempuan meminta ayahnya menjadi wali telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@erwinsiddhartha Pernikahan penuh haru.. #weddingtiktok #weddingvibes #weddingstory ♬ suara asli – ERWIN SIDDHARTHA MC

Pergi jumpa ayah yang sakit strok untuk minta izin jadi wali

Menerusi video yang dimuat naik oleh @erwinsiddhartha di TikTok, kelihatan seorang pengantin wanita sedang menulis sesuatu di majlis perkahwinannya yang dipercayai berlaku di Indonesia.

Namun, terdapat sedikit masalah apabila Kantor Urusan Agama (KUA) perlu menuju ke tempat ayahnya untuk mendapatkan tauqil wali akad nikah berserta saksi. Tauqil wali bermaksud perkara yang dilakukan apabila seorang wali nasab bagi calon pengantin tidak dapat hadir di saat akad nikah.

Dalam video itu, mereka dilihat bersama-sama menuju ke bilik di rumahnya untuk bertemu ayah calon pengantin wanita itu bagi mendapatkan keizinan. Difahamkan, ayahnya menghidapi penyakit strok pada tahun 2014 lalu menyebabkan dia tidak dapat bangun.

Apabila sampai, kelihatan seorang lelaki menunjukkan dokumen-dokumen dan menyatakan tujuannya bertandang ke rumah tersebut. Situasi itu menyebabkan ayahnya menangis sehingga ahli keluarganya yang lain terpaksa menerangkan maksud tujuan mereka.

Kemudian, pengantin wanita juga berada di situ untuk mengangkat ayahnya untuk duduk di kerusi namun ayahnya tidak berhenti menangis selepas mendengar anaknya bakal berkahwin.

Di akhir video berkenaan dipaparkan pengantin wanita itu bersalam untuk memohon restu daripada ayahnya yang masih menangis terharu.

Kejadian itu menyebabkan mereka yang terdapat dalam bilik tersebut tidak dapat menahan tangisan melihat hubungan anak dan ayah ini. Dapat juga dilihat pengantin lelaki turut bersalam dengan ayahnya.

Akhirnya, mereka pun meneruskan majlis akad nikah itu dan turut menangkap gambar bersama-sama ayah pengantin.

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

“Tak sengaja air mata mengalir, rindu bapa ibu, al-fatihah pak bu” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 3.9M views, 362.6K likes dan 5,419 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat majlis perkahwinan ini.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

Image from @erwinsiddhartha (TikTok)

Admin ikut menangis tengok. Apa-apa pun, semoga dipermudah segala urusan dan bahagia sehingga ke jannah kak.

BACA :

Seram !!! Ular ditemui beranak-pinak dalam aircond rumah
lsteri aku mengandung anak ke 2 mengidam nk naik peIamin, ‘Sekarang dia dah book untuk kami bersanding’
‘Internet banking paling tak guna. Buat sakit hati je, makin hari makin teruk’