Baby lahir 22.2.2022, ernie zakri dan Syamel luah rasa syukur

Baby lahir 22.2.2022, Ernie dan Syamel luah rasa syukur

Khabar gembira yang dinanti-nanti ramai, penyanyi popular Ernie Zakri selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi tadi.

Manisnya, bayi sulung Ernie dan suami yang juga penyanyi, Syamel itu dilahirkan pada tarikh 22 Februari 2022 atau 22.02.2022.

Baby lahir 22.2.2022, Ernie dan Syamel luah rasa syukur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri


Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, menerusi satu hantaran bersyukur dengan kehadiran seorang cahaya mata yang bakal menyerikan lagi keluarga kecil mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi. Doakan kesihatan kami berdua,” tulisnya ringkas.

Pelantun Ku Bersuara itu turut memuat naik foto bayinya namun masih belum mendedahkan bahagian wajah.

Sementara itu, Syamel turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan isteri dan juga anaknya agar sentiasa dalam keadaan baik.

“Syukur alhamdulillah. Senang daddy ingat tarikh hari jadi.

“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” kata Syamel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Berita gembira tersebut sekaligus meraih ribuan ucapan tahniah termasuk golongan selebriti tanah air.

Baby lahir 22.2.2022, ernie zakri dan Syamel luah rasa syukur

“Assalamualaikum sayang. Tahniah Ernie dan Syamel dan semoga urusan berpantang dipermudahkan,” ucap pelakon, Mira Filzah.

“Tahniah Syamel. Tidak sabar untuk memnemui cucuku,” komen Anuar Zain yang juga merupakan bapa saudara Ernie.

Terdahulu, Kosmo! pada 8 November lalu melaporkan Syamel dan Ernie mengakui anak sulung yang bakal dilahirkan merupakan bayi perempuan.

Syamel dan Ernie diijabkabul 26 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Tonton:

Berita Lain:

Kecoh satu kelas, ingat angkat tangan tak faham cikgu ajar, ini yang terjadi…

“Nak kahwin dengan saya, awak kena ready jaga adik saya”, sekarang dah jadi kawan baik

Keranda tiba-tiba terbang, penduduk mula panik